Showing posts with label Makanan Sihat untuk Ibu Hamil Trimester 1. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sihat untuk Ibu Hamil Trimester 1. Show all posts

Sunday, October 26, 2014

Makanan Sihat untuk Ibu Hamil Trimester 1

Awal kehamilan merupakan fasa yang sangat kritikal bagi sesetengah wanita hamil. Dari sudut bagaimanakah yang dikatakan sebagai fasa krikitikal? Kritikal yang dimaksudkan adalah dari sudut pemakanan kerana saya yakin dan percaya sesetengah wanita hamil mengalami morning sickness atau mabuk hamil yang agak teruk sehingga mengganggu pengambilan makanan harian mereka. Perkara ini sebaiknya perlu di atasi dengan sedikit ilmu kehamilan kerana pengambilan gizi makanan yang sihat dan seimbang termasuk ketika awal kehamilan sangat penting untuk tubuh anda dan bayi dalam kandungan.