Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, August 20, 2018

Tips Lembutkan Tumit Kaki Kasar dan Pecah dengan Cara Mudah dan Tidak Menyakitkan

tips lembutkan tumit kaki kasar dengan cara tidak menyakitkan
Semakin meningkat usia, semakin kasar la tumit kaki. Apatah lagi bagi seorang wanita. Mungkin bagi sebahagian individu, ia tidak mengganggu aktiviti mereka. 

Namun, bagi sesetengah individu, ia boleh menjadi punca ketidakselesaan serta menyebabkan rasa sakit di bahagian kaki.

Adakah anda sudah buntu mencari solusi kepada masalah tumit kasar yang anda alami tetapi masih belum menemui jalan penyelesaian? Adakah pelbagai krim telah anda cuba tetapi masih sama tiada kesan? 

Monday, July 2, 2018

Tidak Boleh Makan Nanas Ketika Hamil? Fakta atau Sekadar Mitos?

Biasa kan kita mendengar amaran untuk tidak memakan nanas ketika hamil? Antara punca larangan tersebut adalah untuk menghindari daripada keguguran.

Tetapi, benarkah nanas yang dimakan ketika hamil boleh menjadi punca keguguran? Atau adakah ia hanya sebagai mitos orang lama kita?

Thursday, May 17, 2018

Manifesto 30 Hari Ramadan. Bersediakah Kita?

Target Ramadan 30 hari
Alhamdulillah, hari ini bersamaan 1 Ramadan 1439H, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan dan nikmatnya, kita masih lagi diberikan peluang untuk bertemu Ramadan tahun ini. Syukur!

Setiap kali Ramadan menjelma, pastinya ada azam dan target serta KPI yang perlu kita capai agar Ramadan yang dilalui tidak berlalu dengan begitu saja.

Apakah anda sudah mempunyai perancangan sepanjang Ramadan ini? Andai belum, masih belum terlambat untuk merencana matlamat dan pengisian sepanjang Ramadan ini. 

Sunday, May 6, 2018

3 Apps Sesuai untuk Edit Gambar Menarik!

Apps edit gambar iklan
Saya seringkali diajukan pertanyaan sebegini, "Fiza edit gambar pakai Apps apa yer?", " Fiza boleh tak kongsi Apps apa yang Fiza guna untuk edit gambar?"

Dunia masa kini, semuanya di hujung jari. Kita banyak menggunakan smartphone untuk melaksanakan satu-satu pekerjaan. Sudah tidak lagi punya waktu yang banyak untuk membuka komputer mahupun laptop.

Sambil menunggu, boleh saja edit-edit gambar sebentar. Nak tahu cara? 

Thursday, November 16, 2017

Nikmatnya bila Berbudi pada Tanah!

nikmatnya bercucuk tanam
Berbudi pada tanah! 

Pagi-pagi melawat kawasan. Terapi mata sebentar sambil ambil udara pagi dan melihat kehijauan kebun abah. 

Seronok kan bila dapat melihat kehijauan ini. Lebih-lebih lagi apabila kini sedang menunggu hasil sayuran untuk dipetik.

Nikmatnya ya Allah! Bagaimana minat bercucuk tanam ini bermula? Nak tahu meh follow..

Tuesday, November 14, 2017

Cara Mudah Buka WhatsApp Melalui Laptop

cara mudah buka whatsapp melalui laptop
Buka whatsapp di laptop? Boleh ke buka whatsapp melalui laptop sahaja? 

Haaa jangan tak tahu sebenarnya kita juga boleh membuka whatsapp melalui laptop. So, mudah la kalau tak mahu pegang banyak-banyak benda di tangan kan? 

Mana nak menaip di laptop, mana nak layan whatsapp customer di telefon lagi.. So, sangat mudah bila boleh buka whatsapp melalui laptop ini. 

Macam mana yer caranya? Tak tahu cara nak buat? Mudah saja sebenarnya.. Jom follow entry saya ini.. 

Sunday, November 12, 2017

Punca dan Cara Ubati Kayap sebelum Ia Mengundang Risiko Kematian!

ubat kayap hilangkan sakit
Kayap!

Antara penyakit yang paling dibimbangkan dan ditakuti oleh kebanyakan orang. Masakan tidak, bisa dan sakit dari serangan kayap itu boleh menjadi salah satu punca kematian! 

Oleh yang demikian, usah ambil ringan tentang msalah kayap ini. Andai anda ambil mudah serta tidak ikhtiar untuk sembuhkan masalah kayap ini, ia boleh mengundang maut buat anda!

Mari kita lihat apakah punca penyakit kayap ini..

Thursday, November 9, 2017

5 Tips Buat Poster Menarik dan Kreatif!

tips buat poster menarik dan kreatif
Poster menarik dan cantik siapa yang tidak sukakannya bukan?

Saya juga begitu. Tertarik dan suka melihat pada poster yang menarik perhatian mata. Tetapi hakikatnya untuk menghasilkan poster yang menarik perhatian bukanlah mudah. 

Namun, ianya boleh digilap dan dihasilkan dengan baik dengan beberapa tips penting yang perlu dititikberatkan sebelum menghasilkan satu-satu poster.

Apakah tips untuk membuat poster yang menarik? InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah tips untuk menghasilkan poster yang menarik dan kreatif.

Wednesday, November 8, 2017

Step Mudah Hasilkan Poster Menarik dengan PicsArt

Macam mana cara nak buat poster menarik dengan apps PicsArt? 

Pernah dengar tak tentang apps PicsArt? Atau mungkin anda sudah menjadi penggunanya? Atau mungkin anda baru sahaja berjinak-jinak untuk menggunakan apps ini? 

Namun, masih tak tahu cara yang betul? InsyaAllah saya boleh bantu anda! Hari ini, kota bongkar rahsia tentang bagaimana tips untuk membuat poster menarik dengan hanya menggunakan PicsArt.

Thursday, October 12, 2017

16 Tips Kekalkan Momentum Bisnes Agar Terus Berkembang Maju

Cara naikkan semangat bisnes
"Aku ada bisnes sendiri, tapi kenapa masih lagi berada di takuk lama?" Pernah tak anda terfikir sebegini?

Ianya adalah normal bagi mereka yang sedang mengusahakan bisnes apatah lagi bagi mereka yang mempunyai syarikat dan produk sendiri. 

Alhamdulillah, semalam sempat mengikuti kelas bersama mentor saya iaitu Puan Norazlina Noh yang juga seorang Master Coordinator dalam Shaklee. Segala yang dikongsikan sangat memberi manfaat buat saya dan rakan-rakan.

Wednesday, March 1, 2017

Pengalaman Bersalin dengan Set Pantang Shaklee

Pengalaman selepas bersalin, 6 November 2016, jam 3.10 pagi.

Dlm labour room, saya dh minta suami shake kan Energizing Soy Protein (ESP). Penat dan hilang tenaga lepas bertarung nyawa kan. Lebih-lebih lagi bila bersalin awal pagi. Habis tenaga kau + mengantuk lagi. 

Thursday, October 20, 2016

5 Cara atasi Buasir sebelum Terlambat!

5 cara atasi masalah buasir sebelum terlambat
Buasir! Seksanya bila ada masalah buasir ni. Sakit, rasa tak selesa, perut senak dan macam-macam lagi perasaan. Kadangkala sampai keluar air mata setiap kali membuang.

Anda salah seorang yang mengalami situasi begini? Dah bertahun dan terseksa dengan masalah buasir? Dah macam-macam produk dah guna untk mengatasi masalah buasir? Tapi masih lagi sama? 

Friday, December 4, 2015

Mengapa Kita Perlukan Air dalam Badan?

"Saya malas la nak minum air kosong.. Saya tak suka minum air kosong banyak-banyak, rasa nak muntah. Saya tak suka minum air kosong banyak sebab nanti rasa nak terkucil je, malas nak ke tandas banyak kali.." 

Ini antara kebanyakannya alasan biasa mereka yang tidak mengutamakan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tahukah anda, apakah akibat kekurangan air dalam tubuh? Mengapakah kita memerlukan air yang mencukupi dalam badan?

Wednesday, December 2, 2015

Istimewa untuk Suami : Tips Menjaga Kesihatan Lelaki

Selalu asyik cerita hal wanita dan ibu je kan? Hari ini saya nak kongsi dengan kalian tentang tips menjaga kesihatan lelaki. Special untuk suami-suami kita. Bukan isteri atau wanita je tau perlu jaga kesihatan diri. Lelaki dan suami juga pun perlu titik-beratkan kesihatan mereka.

Sunday, August 23, 2015

Berkawan dengan Orang Positif Kalau Mahu Berjaya!

Berkawan dengan orang positif kalau mahu berjaya
Siapa kita berkawan adalah cerminan kepada diri kita sendiri. Berkawan dengan tukang besi, maka kotoran dan bauan besi akan melekat pada kita. Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian minyak wangi akan terpalit juga pada kita. 

Begitu juga andai anda mahu berjaya! Berkawan dengan orang negatif, sampai bila-bila pun takkan menjanjikan sebarang kejayaan. Berkawan dengan orang positif, tidak mudah give up, keep forward dengan cabaran dan ujian, maka secara tidak langsung kita juga akan terkesan dengan sikap yang ada pada rakan sebegini.

Wednesday, July 29, 2015

6 Tips Bantu Suami Elak Mengantuk ketika Memandu

Mengantuk ketika memandu merupakan perkara biasa yang terjadi ketika memandu. Namun, anda harus sedari bahawa mengantuk ketika memandu boleh mengundang maut! Bukan hanya melibatkan nyawa anda sahaja, malah ianya melibatkan seluruh ahli keluarga yang anda sayangi. 

Wednesday, July 8, 2015

5 Cara Bantu Anak Suka Makan Sayur dan Buah (Part I)

Saya yakin dan percaya kebanyakan ibubapa mengalami masalah untuk memberikan anak mereka makan sayuran dan buah-buahan. 

Ianya adalah normal di kalangan kanak-kanak. Mungkin kita juga satu ketika dulu seorang yang memilih dalam memilih makanan. Usah risau kerana 10 cara ini mungkin boleh membantu masalah anda. 

Selamatkah Bahan Pencuci di Rumah Buat Anak Anda?

Kebanyakan ibubapa menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat untuk anak-anak. Namun, tahukah anda banyak kematian di kalangan kanak-kanak adalah berlaku ketika di rumah? 

Lebih mengejutkan, kebanyakannya adalah berpunca daripada keracunan! Satu kajian juga menunjukkan bahawa 1/3 keracunan di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan terminum bahan beracun di rumah. Adakah anda sedar tentang perkara ini?

Thursday, July 2, 2015

Peluang Miliki Emas 1 Gram melalui Blog!

Wowww!! Sebut pasal emas, semua jadi buntang mata kan? Lebih-lebih lagi bila orang nak bagi free free je.. Iye free!! Percuma!! Mak aih, sapa yang buat kerja gila duk bagi emas free 1 gram ni oiii.. 

1 gram pun beratus juga tau. Haaa.. jangan tak tahu, memang ada orang pesen gini..ahaks ^_^ Ternganga kau bile keluar saja iklan sesiapa sahaja mampu milikinya secara percuma!

Sunday, April 26, 2015

Bina Branding Blog Impi Jadi Sehebat Blogger denaihati.com

Jana pendapatan melalui blog
Sebut pasal dunia blogger, siapa yang tidak kenal team blogger hebat denaihati.com. Ramai yang bercita-cita dan punya impian untuk menjadi sehebat denaihati.com. Namun, perjalanannya bukan mudah. Bukan sekadar main hentam kromo sahaja. 

Begitu juga dengan saya dan ramai lagi rakan-rakan saya di luar sana. Anda juga mungkin sebahagian dari mereka yang mahu menjadikan dunia blogger ni bukan sekadar menulis. Oleh yang demikian, apa langkah yang anda harus lakukan?