Wednesday, December 9, 2015

3 Perkara Isteri Suka Suami Lakukan di Awal Pagi

Isteri mana tidak suka kan belaian, sentuhan dari suami kan? Hubungan suami isteri yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan, hakikatnya memberi hikmah dan kurniaan yang sangat luas dari Allah swt.
Pernahkah anda ketahui apa yang isteri anda suka anda lakukan setiap pagi?

Segala tingkah laku, mindset dan kata-kata kita di awal pagi sebenarnya memberikan impak kepada hari kita sepanjang hari. 

Andai anda bangun dengan perasan marah, dendam, benci dan segala macam sifat negatif yang lain, maka ia bakal mempengaruhi hari anda sepanjang hari itu. 

Tetapi, sebaliknya.. Andai anda mulai hari anda dengan senyuman, mindset positif, mindset kejayaan, maka ia juga mempengaruhi rezeki dan hari anda sepanjang hari itu. 

Beza kan? Mana satu pilihan anda? 

Begitu juga dalam hubungan suami isteri.. Penting sebenarnya anda mulakan hari anda dengan cas positif dari pasangan masing-masing.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda apakah 3 perkara yang isteri suka suami lakukan setiap pagi. Khas untuk mereka yang telah berumahtangga saja yer.

Pelukan kasih sayang

Berikan pelukan sayang kepada isteri anda biarpun hanya 10 saat!

Hakikatnya, pelukan dari seorang suami mampu memberikan ketenangan kepada seorang isteri. Begitu juga sebaliknya.

Ciuman kasih sayang

Sama dengan pelukan, ciuman dari seorang suami juga mampu membuatkan isteri merasai ketenangan lalu menjadikan hari mereka dapat dilalui dengan lebih tenang.

Kata-kata sayang dan semangat

Tindakan dan perlakuan sahaja tidak memadai. Kebiasaannya, tindakan yang diiringi dengan kata-kata lebih memberikan impak yang lebih baik kepada pasangan anda.

Berikan kata-kata semangat dan sayang kepada isteri anda. Saya yakin ia mampu membuatkan kasih sayang anda suami isteri lebih utuh.

Lakukan tips ini setiap pagi. InsyaAllah, hari demi hari isteri/pasangan anda akan sentiasa lebih menghargai hubungan yang dibina sekaligus mengelakkan dari berlaku perkara yang boleh mengganggu gugat hubungan anda suami isteri.

Selamat mencuba!


2 comments:

  1. Mudah-mudahan setiap awal bagi bangun dengan ceria dan dengan hati yang gembira...hubungan suami isteri harus sentiasa gembira agar bahagia dan aman damai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Nila.. Kene sentiasa hangatkan hubungan suami isteri..^_^

      Delete