Wednesday, December 2, 2015

Istimewa untuk Suami : Tips Menjaga Kesihatan Lelaki

Selalu asyik cerita hal wanita dan ibu je kan? Hari ini saya nak kongsi dengan kalian tentang tips menjaga kesihatan lelaki. Special untuk suami-suami kita. Bukan isteri atau wanita je tau perlu jaga kesihatan diri. Lelaki dan suami juga pun perlu titik-beratkan kesihatan mereka.

Apakah tips penjagaan kesihatan lelaki? 


Antara tips yang perlu dititkberatkan adalah seperti berikut:

1. Elakkan kepanasan melampau

Sperma amat sensitif kepada suhu yang tinggi. Elakkan daripada mandi air panas atau sauna, duduk terlalu lama atau berada dalam suasana persekitaran yang panas berpanjangan. 

2. Pemakaian seluar yang ketat

Elakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan bahagian prostat terlalu rapat dengan tubuh anda dan ianya boleh meningkatkan suhu. 

3. Tabiat merokok

Ia boleh mengakibatkan saluran darah mengecut dan menjejaskan aliran darah ke penis dan gangguang ketegangan. 

4. Amalkan makan tomato

Kajian menunjukkan bahawa mengamalkan pemakanan 10 hidangan tomato setiap minggu mampu mengurangkan risiko kanser prostat sehingga 45%

5. Pengambilan makanan sihat

Amalkan makanan yang sihat dan elakkan makanan berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula. 

6. Amalkan gaya hidup sihat

Lakukan aktiviti sukan dan riadah seperti bersenam atau berjalan selama 30 minit setiap hari bagi mengeluarkan peluh. 

7. Pastikan tidur mencukupi

Tidur pada waktu malam secukupnya dapat mengekalkan awet muda dan melambatkan proses penuaan. 

8. Amalkan pengambilan supplement tambahan

Ambil supplement yang mengandungi vitamin C, vitamin E, asid amino dan makanan yang kaya kandungan zink yang dapat membantu meningkatkan sperma lelaki.

Sayangi diri anda, sayangi suami anda.. Moga tips ini membantu untuk anda dalam menjaga kesihatan anda sebagai lelaki dan suami. 

Awas!!!
Antara penyakit kanser yang ditakuti lelaki adalah kanser Prostat. Jangan anda sesekali membiarkan diri anda mempunyai risiko tinggi untuk menjadi penghidap kanser prostat ini.. 

2 comments:

  1. Lelaki kadang tak begitu pwka tentang kesihatan mereka. Kita sebagai isteri atau orang terdekat kena juga perhatikan kesihatan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul..Susah sangat nak didik lelaki untuk jaga kesihatan..huhu. Padahal kita sayang dia yer dak..:)

      Delete