Thursday, October 13, 2016

10 Teknik Meneran dengan Betul Elak Koyakan Besar Semasa Bersalin. Ibu Hamil Jangan Ambil Mudah!

Saat bersalin sudah hampir tiba tak lama lagi. Pelbagai perasaan muncul dan bermain di minda. Antaranya bagaimanakah cara teran yang betul ketika bersalin nanti? 

Sudah pasti ramai ibu hamil yang maklum bahawa teknik meneran yang salah boleh memberikan kesan kepada koyakan yang lebih besar di bahagian faraj. Adakah anda mahu situasi ini terjadi? Sudah tentunya tidak bukan? 
 
Oleh yang demikian, anda wajib ambil tahu tentang teknik meneran yang betul ketika menghadapi saat kelahiran nanti. 

Bagaimanakah Teknik Meneran yang Betul Semasa Bersalin?


Meneran ketika bersalin mempunyai caranya yang tersendiri. Antara cara dan teknik meneran yang betul adalah seperti berikut : 

  1. Angkat kepala sehingga mencecah ke dada
  2. Pastikan mata anda memandang ke perut
  3. Tangan pegang ke pergelangan kaki
  4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran kerana ia  juga boleh mengganggu pernafasan anda. Simpan tenaga untuk meneran.
  5. Jangan sesekali mengangkat punggung untuk mengelakkan luka koyakan yang lebih besar di bahagian vagina. Ini penting!
  6. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan teran sebagaimana anda membuang air besar. Pastikan anda tidak melepaskan nafas dengan kuat.
  7. Teran sekuat-kuatnya sedaya yang mungkin. Curi nafas semula dan sambung meneran pada setiap kali kontraksi
  8. Elakkan daripada menjerit, memekik dan meraung kerana ia tidak boleh membantu memudahkan proses anda bersalin. Malah, memberi tekanan kepada diri anda sendiri.
  9. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah swt. 
  10. Doa dari awal kehamilan supaya Allah memudahkan urusan anda bersalin.

Itulah dia antara tips dan teknik meneran yang betul semasa bersalin. 

Pastikan anda juga mengamalkan senaman sepanjang hamil kerana ianya boleh membantu memudahkan pernafasan anda ketika meneran nanti. 

Malah, selain daripada teknik meneran yang betul, ada juga pemakanan yang perlu anda titikberatkan dan ambil sepanjang hamil. 

Penting amalkan pemakanan ini ketika hamil kerana ia merupakan salah satu cara untuk elak koyakan dan guntingan yang besar di bahagian vagina anda.

Saya juga mengamalkan pengambilan supplement hamil untuk memastikan saya kekal bertenaga sepanjang kehamilan dan semasa proses bersalin nanti. 

Bayangkan seandainya tubuh anda tidak mempunyai keperluan nutrisi yang lengkap. Bagaimanakah anda mahu melalui proses kehamilan, proses bersalin dan proses berpantang dengan baik bukan? 

Oleh yang demikian, gabungan pengambilan nutrisi makanan yang cukup, senaman yang baik untuk hamil dan teknik meneran yang betul mampu membantu anda untuk melalui proses kelahiran dengan lebih mudah, insyaAllah. 

Kita hanya berikhtiar dan berusaha sebaik mungkin. Selebihnya kita serahkan kepada kuasa dan rezeki daripada Allah swt. 


Rujukan :

Majalah Pama

No comments:

Post a Comment