Monday, October 3, 2016

8 Tips Atasi Masalah Keputihan Ketika Hamil

cara mengatasi masalah keputihan ketika hamil
Masalah keputihan ketika hamil merupakan masalah yang biasa dialami oleh kaum wanita ketika hamil. 

Perubahan hormon ketika hamil boleh menjadi salah-satu punca kepada masalah keputihan ini. 

Namun, masalah keputihan ini tidak boleh anda pandang enteng. Ia boleh menjadi punca kepada jangkitan bakteria kepada anda dan bayi sekiranya masalah tersebut sampai pada tahap yang membimbangkan.

Tanda-tanda keputihan berbahaya : 

  • Berbau busuk
  • Rasa gatal
  • Sakit ketika membuang air kecil
  • Berubah kepada warna hijau

 Kesan keputihan kepada bayi anda :

  • Kelahiran pramatang atau keguguran
  • Keradangan pada otak bayi
  • Risiko berlakunya epilepsi pada bayi
  • Gangguan pernafasan dan pencernaan sehingga menyebabkan kematian
  • Jangkitan pada bahagian mata yang boleh menjadi punca kepada buta
  • Jangkitan kuman ketika proses bersalin yang boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian mulut, lelangit dan pipi bayi

8 Tips atasi masalah keputihan ketika hamil :

  1. Pakai pakaian underware yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian underware yang ketat dan diperbuat daripada bahan synthetic
  2. Segera tukar pakaian apabila berpeluh terutamanya ketika bersenam. 
  3. Cuci segera bahagian kemaluan apabila gatal
  4. Tidur malam tanpa menggunakan underware
  5. Elakkan berendam dalam air buih atau perfumed soap terlalu lama
  6. Bersihkan kemaluan luar dengan air suam. Elakkan menggunakan teknik douching
  7. Cuci kemaluan dari hadapan ke belakang
  8. Amalkan pengambilan yogurt yang mengandungi Lactobacillus acidophilus iaitu bakteria baik yang membantu melawan bakteria jahat.

Anda sudah pun mengetahui apakah kesan dan tips untuk mengatasi masalah ini. 

Oleh yang demikian, usah abaikan masalah keputihan ketika hamil ini biarpun ia merupakan masalah biasa akibat daripada perubahan hormon wanita hamil.

Dapatkan nasihat doktor segera apabila masalah terus berlarutan dan membimbangkan. 


Rujukan :
  1. http://drzubaidi.com/blog/jangkitan-fungal-ketika-hamil/ 
  2. http://klinikkeputihan.blogspot.my/2013/12/mitos-bahaya-dan-kesan-keputihan-ketika.html 

No comments:

Post a Comment