Thursday, March 22, 2018

Bercuti ke Melaka Hasil Keuntungan Bisnes Shaklee. Realiti atau Fantasi?

Alhamdulillah 19-20 Mac 2018 yang lalu Allah izinkan kami sekeluarga untuk bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sebenarnya, lama sudah kami tidak menjejakkan kaki ke sini. Hampir 8 tahun yang lalu kali terakhir bercuti ke sini.

Ia adalah percutian yang dirancang di saat akhir memandangkan cuti sekolah bakal bermula. Jadi, saya merancang untuk bawa anak-anak berjalan, meraikan cuti sekolah kakak Nur Hanan di luar dari kebiasaan kami mengisi waktu cuti sekolah. 

Bagaimana ia boleh menjadi planning percutian saat akhir yang sangat menyeronokkan?

Sebenarnya, bila saya utarakan hasrat mahu bercuti di Melaka, pada awal nya suami saya menolak atas faktor kewangan mungkin yang menjadi kerisauan beliau. 
(Sampai saya merajuk dengan suami okey!). 


Namun, saya bulatkan hati untuk jadikan ia sebagai satu percutian realiti! Tak mahu lagi menyajikan alasan demi alasan lantas mengorbankan waktu anak-anak saya membesar dengan pengalaman bercuti dan melihat alam.

Langkah pertama, saya belek Trivago dalam diam. Saya booking hotel dalam diam. Andaikata suami tetap kata NO, saya cancel je la nanti booking hotel tu kan..hihi. 

Beberapa hari kemudian, saya tengok mood suami, ajak kali ke-2 untuk pergi bercuti di Melaka. Alhamdulillah, kali ke-2 suami setuju. 

Alhamdulillah, langkah pertama dah lepas!

Kemudian, barulah saya merencana total anggaran belanjawan yang diperlukan. Jujur saya kata, sewaktu saya booking hotel, duit untuk travel tu memang takde langsung! 

Nak berjalan ni paling kurang RM400 mesti ada dalam tangan. Mana nak cekau dalam tempoh tak sampai 2 minggu?

Tapi, saya yakin saya boleh kumpul dalam masa seminggu lebih sehingga hari bertolak mengikut belanjawan yang diperlukan melalui bisnes Shaklee. Itu saya yakin dan bulatkan tekad!

Saya pulun habis-habisan buat sale dan buat iklan jualan..

Alhamdulillah, percaya atau tidak percutian ke Melaka ini 90% daripadanya adalah dengan menggunakan duit dari keuntungan runcit daripada jualan produk Shaklee sahaja! 

Tambahan selebihnya adalah dengan menggunakan bonus Shaklee. So, ianya adalah 100% hasil dari bisnes Shaklee! 

Inilah realiti bisnes Shaklee yang saya tak boleh nak sangkal kelebihannya.

1. Keuntungan runcit
2. Bonus bulanan

Ia adalah bisnes realiti yang boleh menjana pendapatan keluarga sekaligus menjadikan planning percutian anda 1 realiti! 

Bagi anda yang masih ragu-ragu dengan bisnes ini, anda boleh menghubungi saya dan saya akan bantu anda tunjukkan cara bagaimana menjana pendapatan keluarga secara tetap. 

Puan Hafizah
019-3405054
Mentor biz Shaklee

InsyaAllah untuk next entry, saya akan kongsikan sedikit perkongsian foto sepanjang bercuti di Melaka yang mungkin boleh menjadi inspirasi kepada saya dan anda semua bahawa semua impian sebenarnya boleh dicapai menjadi realiti! 





Alhamdulillah, syukur saya buat pilihan yang tepat untuk bulatkan tekad bercuti di Melaka ini kerana ia menjadi percutian yang sangat menyeronokkan buat saya khususnya kerana berjaya capai target untuk bawa keluarga bercuti hasil dengan keuntungan bisnes Shaklee 100%!

No comments:

Post a Comment