Wednesday, April 4, 2018

8 Tips Travel bersama Anak Kecil

Saya adalah seorang yang suka travel. Zaman bujang dulu, negeri mana yang saya tak pernah jejak kaki drive kereta, semua dah pernah jejak kecuali Sabah Sarawak la kan belum ada rezeki lagi.

Tapi, bila dah berkahwin dan sudah mempunyai anak, travel menjadi perkara yang agak sedikit terbatas sebab banyak perkara perlu difikirkan selain daripada kos perbelanjaan. 

Namun, sejak akhir-akhir ini, ada perkara yang membuka mata saya. Sampai bila mahu menjadikan alasan anak-anak (selain daripada kewangan) sebagai halangan untuk buka mata luaskan pemandangan melalui travel.

Apabila travel bersama anak kecil, banyak perkara perlu dititikberatkan. 

Tetapi, jangan dijadikan alasan dan batasan yang kita tidak boleh melalui perjalanan percutian yang menyeronokkan. 
Maka, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips ketika anda travel besama anak kecil berdasarkan pengalaman saya sendiri travel bersama 2 orang anak. 


Tips Travel bersama Anak Kecil


Antara tips travel bersama anak kecil adalah seperti berikut :

  1. Sebelum memulakan perjalanan, tolong jangan mindset minda anda bahawa anak anda bakal buat 'perangai', anak anda bakal buat 'aksi' dan sebagainya
  2. Doa yang baik-baik sebelum memulakan perjalanan
  3. Sebut ulangkali dengan anak-anak supaya baik-baik sahaja sepanjang percutian.
  4. Pastikan anak anda kenyang ketika berjalan kerana anak-anak boleh meragam apabila perut lapar. Boleh bawa snek atau makanan ringan yang boleh dibuat alas perut di dalam beg anda.
  5. Pastikan sentiasa cek dan tukar lampin anak ikut waktu kerana lampin yang mempunyai najis atau penuh membuatkan anak anda tidak selesa. 
  6. Sentiasa positifkan diri anda walau apa sekalipun 'aksi' anak anda kerana percutian ini kebiasaannya kita tidak dapat ulang berkali-kali di tempat yang sama.
  7. Pasangan perlu turut sama mainkan peranan mengawal anak-anak. Jangan pulak pasangan yang turut tambah ragam seperti anak kecil!
  8. Sentiasa nikmati setiap moment sepanjang percutian dan menjadikan ia antara moment yang terindah dalam hidup

Itu sahaja tips dari saya untuk anda semua. Yang penting, harus anda ingat bahawa anak-anak anda lah yang menjadi penyeri percutian anda sekeluarga.

So, usah cemari ia dengan mindset negatif anda!

Selamat bercuti! 

No comments:

Post a Comment