Tuesday, October 2, 2018

5 Tips Mencari Bidan Selepas Bersalin

Berpantang merupakan satu fasa selepas bersalin yang sangat penting untuk mengembalikan semula tenaga selepas bersalin. 

Malah, berpantang merupakan fasa untuk mengembalikan semula kesihatan samada dari segi mental atau fizikal. 

Bagaimanakah pula dengan kepentingan urutan selepas bersalin? 


Ya, urutan selepas bersalin merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk mengembalikan semula kekuatan dan kesihatan tubuh badan. 

Namun, menjadi dilema biasa bagi ibu yang bakal melahirkan bayi untuk mencari tukang urut terbaik. 

Apakah tips mencari tukang urut yang sesuai? 

Antara tips untuk mencari tukang urut yang sesuai adalah seperti berikut :
  1. Dapatkan pandangan daripada rakan atau kenalan anda tentang tukang urut yang pernah mereka gunakan khidmatnya sebelum ini.
  2. Cari mereka yang berpengalaman dan mempunyai ilmu dalam bidang urutan dan perbidanan.
  3. Pilih bidan yang berdekatan dengan rumah anda untuk mengelakkan caj pengangkutan yang tinggi.
  4. Pilih bidang yang menjaga kebersihan seperti kuku dan cucian tangan. 
  5. Jika anda memilih untuk mendapatkan urutan spa, pastikan spa tersebut adalah telus dan tidak mengenakan apa-apa caj tersembunyi. 


So, ini lah dia serba sedikit tips yang boleh anda ambil maklum sebelum memilih bidang yang sesuai dan betul.

Selamat berurut! 

1 comment:


  1. bingung pulang kerja tidak tahu mau mengerjakan apa
    ayo di tunggu apa lagi segera bergabung dengan kami
    di i/o/n/n/q/q kami tunggu lo ^^

    ReplyDelete