Sunday, December 1, 2019

Resepi Masalodeh Enak & Mudah Disediakan

resepi masalodeh ringkas dibuat
Bila cuti sekolah bermula, pening la nak fikir apa makanan yang perlu disediakan buat anak-anak.

Hari-hari soalan yang sama, "Ummi masak apa? Ummi nak masak apa hari ni?" Anak saya lah itu yang suka tanya gitu.

Saya yakin ibu-ibu lain juga alami situasi yang sama.

Pening nak sediakan menu apa untuk anak-anak time cuti sekolah ni? Meh saya nak kongsi resepi mudah untuk sediakan masalodeh yang enak. 

Bahan-bahan :
  1.  Kacang dal 500 gram (rendam sekurangnya 5 jam)
  2.  Bawang merah dipotong dadu
  3.  Cili kering
  4.  Daun kari
  5.  Telur 1 biji
  6.  Tepung (2-3 sudu besar)
  7.  Garam secukup rasa
  8.  Jintan putih (option)
  9.  Minyak untuk menggoreng

Selepas rendaman kacang dal sudah lembut, mesin kacang dal menggunakan pengisar kering. 

resepi masalodeh ringkas dibuat
Kacang dal yang sudah dikisar

Sekiranya menggunakan pengisar basah, letak air sedikit supaya mudah untuk mengisar.

Walaubagaimanapun, pengisar kering lebih mudah kerana tidak perlu melalui proses tapisan semula selepas dikisar berbanding menggunakan pengisar basah. 

Gaul rata semua kacang dal yang telah dikisar bersama bawang merah yang telah dipotong dadu, cili kering, daun kari, garam, telur.

resepi masalodeh ringkas dibuat

Bawang merah dan cili kering terpulang kepada anda mahu banyak mana. Saya suka banyak bawang, so saya lebihkan bawang. 

Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Usah tambah tepung terlalu banyak dalam adunan kerana dikhuatiri masalodeh mudah menjadi keras selepas digoreng. 

Untuk adunan kacang dal 500 gram, saya hanya menggunakan tepung gandum sebanyak 2 sudu besar.

resepi masalodeh yang mudah dibuat

Apa fungsi tepung gandum ini? Ia berfungsi sebagai 'gam' untuk mengelakkan adunan masalodeh daripada mudah berderai. 

Kemudian, apabila sudah gaul rata semua bahan, bentukkan ia sebelum digoreng. Terpulang bagaimana bentuk yang anda suka samada suka kecil atau besar, nipis atau tebal.

Resepi masalodeh mudah dibuat

Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas. Kemudian, siap untuk dihidang!

resepi masalodeh ringkas
Sudah siap! Yang kecil tu untuk anak-anak tanpa bawang dan sayuran

Mudah kan? So, anda boleh la cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba!

UmmuHananMuaz,
Pengedar Shaklee Klang

No comments:

Post a Comment