Sunday, December 22, 2019

Tips Latih Anak Cerai Pampers atau Lampin

tips latih anak cerai pampers
Bila sebut tentang cerai pampers anak, mesti ramai ibuayah yang sedang mencari tips yang sesuai untuk digunakan.

Nak train anak cerai pampers bukan mudah kan? Setiap anak berbeza-beza. Ada yang mudah je perjalanan cerai pampers, ada juga yang ambil masa lama.

Mahu atau tidak, ibuayah perlu melalui fasa ini bagi setiap anak yang dibesarkan.

Nak tahu bagaimana cara saya cerai pampers anak? Meh saya kongsikan bagaimana cara saya cerai pampers anak.


Pengalaman cerai pampers 2 orang anak iaitu Nur Hanan (kini 9 tahun 3 bulan) dan Ahmad Muaz (3 tahun 1 bulan) memang berbeza!

Manakan tidak, cerai pampers kakak Hanan cuma mengambil masa 1 minggu lebih sahaja, dia sudah boleh biasakan diri tanpa pampers.

Tapi, tidak bagi adik Nur Hanan iaitu Ahmad Muaz. Cerai pampers Ahmad Muaz sangat panjang. Nak tahu berapa lama? Hampir 2 bulan! Hampir 2 bulan barulah Ahmad Muaz dah boleh biasakan diri tanpa pampers. Lama kan?

Itu lah dia perbezaan antara setiap anak. Tak boleh nak samakan antara satu sama lain. Kesukaran dia juga berbeza antara setiap anak.

Berapakah usia yang sesuai untuk mula cerai pampers? 


Kalau tanya pendapat saya, bila anak dah pandai bercakap, dah boleh dah start ajar untuk cerai pampers.

2 tahun dah boleh bercakap? So 2 tahun dah boleh mula ajar untuk cerai pampers.

Nur Hanan cerai pampers genap usianya 3 tahun. Ketika usianya cecah 3 tahun, saya sudah mula ajar untuk cerai pampers.

Bila sudah ada pengalaman dengan kakaknya, saya mula ajar Ahmad Muaz untuk cerai pampers ketika usia dia 2 tahun 9 bulan. Dia cerai pampers sepenuhnya ketika usianya 2 tahun 11 bulan, sebulan sebelum genap usianya 3 tahun.

Part ni kakak Hanan memang jeles. Sebab dia kata dia kalah dengan adik. Malah, dipersoalkan pula kenapa Ummi ajar kakak Hanan lambat cerai pampers?! Aduhaiii anak..hahaha

So, kalau tanya saya bila masa yang sesuai untuk mula cerai pampers? Ia bergantung kepada kesediaan ibubapanya, bukan kesediaan anak-anak.

Sebab apa? Sebab anak-anak ni akan follow saja didikan ibuayah. So, lebih awal ibuayah bersedia, lebih awal la anak dapat cerai pampers.

Bagaimanakah cara atau tips untuk cerai pampers anak? 


Antara cara yang saya gunakan adalah seperti berikut :

  1. Gunakan seluar dalam khas untuk training cerai pampers. 
  2. Gunakan potty training corak comel-comel. Yang ini tak perlu pun takpe. Sebab Ahmad Muaz dia tak mahu guna potty training ni. Kakaknya Nur Hanan mahu la juga guna.
  3. Bila start ajar cerai pampers, kerapkan tanya samada anak mahu kencing atau berak. Awal-awal biasanya saya kerapkan tanya setiap 30 minit hingga 1 jam sekali. Dah lama, up lagi masa tanya. 
  4. Sebolehnya elak gunakan carpet di rumah ketika sesi ajar anak cerai pampers. Simpan dulu carpet.
  5. Peringkat awal, saya cuma ajar waktu siang sahaja cerai pampers. Malam masih pakai pampers. Bila dia dah biasa, baru start malam juga. Alas tempat tidur anak dengan plastik kalis air.
  6. Tips yang paling penting, sabar sabar sabar! Nak ajar anak cerai pampers ni, ini yang paling utama sebab ia bukan satu proses yang mudah dan menyenangkan.
  7. Bila anak berjaya kencing atau berak di dalam tandas, berikan pujian dan 'reward' untuk anak supaya mereka juga excited.


cara latih anak cerai lampin
Antara training pants Muaz, beli di Shopee sahaja..

Itulah saja tips atau cara saya cerai pampers anak.

Yang paling penting, lagi awal kita ajar anak untuk cerai pampers, lagi banyaklah duit yang kita boleh jimatkan daripada membeli pampers bertahun-tahun lamanya.

Bagi ibuayah yang sedang melalui proses ini, selamat berjaya! Semoga Allah memudahkan perjalanan anda. Usah putus asa okey!

Inilah journey HananMuaz cerai pampers!

Ummu HananMuaz,
Nor Hafizah bt. Shahtir
22 Disember 2019

No comments:

Post a Comment