Hari ini merupakan sambutan Hari Jantung Sedunia 2014. Jantung merupakan antara organ penting dalam tubuh badan manusia selain otak. Tanpa denyutan jantung, maka berakhirlah kehidupan seseorang manusia. Ia kerana jantung merupakan injap penting yang menyalurkan darah ke seluruh tubuh badan yang lain. Oleh yang demikian, kesihatan jantung perlu dititikberatkan serta tidak boleh diabaikan tanpa penjagaan yang betul setiap hari. Bagaimanakah cara untuk menjaga kesihatan jantung? Adakah punya cara terbaik untuk menjaga kesihatan jantung setiap hari? Mari ikuti perkongsian saya pada entri kali ini sempena Hari Jantung Sedunia yang jatuh pada hari ini di seluruh dunia.
