Thursday, July 3, 2014

7 Nasihat Menjadi Sahabat Al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw kepada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Di dalamnya terkandung 1001 ilmu, pedoman, nasihat, pengajaran dan peringatan kepada manusia sebagai bekalan menempuhi hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini. 

Namun, sayang seribu kali sayang, manusia di akhir zaman ini bukan lagi menjadikan Al-Qur'an sebagai teman dan sahabat dalam kehidupan harian seharian sebagaimana Rasulullah, para sahabat dan alim ulama'.
Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, bulan turunnya Al-Qur'an, mari kita sama-sama membuat anjakan paradigma dengan menjadikan Al-Qur'an sebagai sahabat harian kita. Bagaimana? Adakah cara? Mari kita ikuti perkongsian 7 Tips Menjadi Sahabat Al-Qur'an oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam bukunya  "Dari Lubuk Hati Ibu"..

1) Istiqamah (berterusan) dan mendisiplinkan diri membaca al-Qur'an dengan tartil. 
Tartil bermaksud membaca Al-Qur'an dengan makhraj (tempat keluar huruf) dan tajwid yang betul. Hanya mukmin yang benar-benar meneliti dan menghayati maksudnya sahaja yang tahu menunaikan hak-hak yang terdapat di dalam Al-Qur'an.

2) Menghadirkan hati, akal, dan seluruh penumpuan pada ayat-ayat al-Qur'an. 

3) Berfikir dan mendalami maksud ayat yang dibaca.

4) Menghafaz atau mengulangi bacaan ayat al-Qur'an yang memberi kesan pada hati, seperti ayat tentang azab Allah terhadap kaum yang ingkar, tentang kewujudan syurga neraka dan sebagainya. 

5) Membetulkan bacaan dan mengindahkan suara ketika membaca ayat-ayat suci. 

6) Memastikan ia sentiasa di sisi supaya tidak lupa untuk membacanya setiap hari. Apatah lagi setiap masa di bulan Ramadan ini.

7) Andainya malas untuk membaca al-Qur'an pada waktu tertentu, gantikannya dengan mendengar bacaan daripada orang lain. 



Never Lose Hope...

Sumber:
Buku "Dari Lubuk Hati Ibu"
Nukilan Ustazah Norhafizah Musa
Halaman: 110-112




No comments:

Post a Comment