Mungkin
tulisan kali ini akan lebih panjang daripada biasa. Hari ini, saya nak
bincangkan mengenai amalan pemakanan sunnah Rasulullah salla Allah ‘alayh wa
sallam.
Ya
Hanana… Beruntunglah, kita punya Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam yang mengajar umatnya memilih makanan
yang terbaik. Bukan itu sahaja, baginda juga mengajar suatu yang lebih utama
daripada makanan yang kita makan iaitu adab makan dan akhlak kita terhadap
makanan.
Itulah inti pati sunnah Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam, mengajar manusia tentang akhlak.
Itulah inti pati sunnah Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam, mengajar manusia tentang akhlak.
Saya
akan cuba menulis se‘santai’ mungkin dan cuba mengelakkan tulisan yang
terlampau akademik dan ilmiah supaya kita dapat mencernakan di dalam kehidupan
kita.
Beberapa
‘point’ akan saya cuba ketengahkan, semoga akan sampai kepada para pembaca.
Tulisan
ini adalah hasil pembacaan dan analisis ringkas yang tiada metodologi yang
kukuh selama beberapa jam di hadapan komputer tetapi diharapkan boleh dikongsi
untuk dikembangkan lagi…
Mukadimah
sahaja dah panjang…
Makanan Halal dan Haram, Tayyib dan Mudarat.
Termasuk
keluasan dan kemudahan dalam syariat Islam, Allah menghalalkan semua makanan yang mengandungi maslahat dan manfaat,
baik yang kembalinya kepada roh mahu pun jasad, baik kepada individu mahu pun
masyarakat.
Demikian
pula sebaliknya Allah mengharamkan semua makanan yang memudaratkan atau yang
mudaratnya lebih besar daripada manfaatnya.
Hal ini
tidak lain untuk menjaga kesucian dan kebaikan jantung hati, akal, roh, dan
jasad.
Dua
perkara yang ingin ditekankan di sini:
#Pertama: Asal hukum semua makanan yang ada di atas muka bumi
ini adalah harus untuk kita makan kecuali ada dalil dan nas yang melarangnya.
#Kedua: Islam menghalalkan semua makanan yang halal, suci,
baik, dan tidak mengandung mudarat, demikian pula sebaliknya Islam mengharamkan
semua makanan yang haram, najis atau ternajis, khabith (buruk), dan yang
mengandung mudarat”.
‘Point’
ini saya tidak perlu ulas panjang. Kita boleh merujuk buku dan kitab agama atau
guru-guru yang murshid termasuk sheikh guru besar Profesor Google.com.
Nabi Suri Teladan
Nabi
salla Allah ‘alayh wa sallam adalah contoh teladan umat manusia. Nabi
menerangkan apa yang disebut di dalam al-Quran.
Allah
menyuruh untuk kita makan makanan yang halal, baik dan Allah mengingatkan kita
supaya jangan mengikut jejak langkah syaitan.
Di
dalam al-Quran Allah menyebut beberapa nama makanan yang sudah pasti mempunyai
kelebihan dan manfaat tersendiri semisal madu.
Nabi
Salla Allah ‘alayh wa sallam juga memberikan beberapa contoh makanan yang baik
untuk dimakan dan sebahagiannya Nabi menyebutnya dengan kelebihan dan manfaat
tertentu semisal kurma.
Apa
yang Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam sebut berserta dengan kelebihan dan kaifiat
cara mengamalkannya pada waktu tertentu mempunyai signifikan dan nilai yang
berbeza apabila seseorang mengamalkannya.
Contohnya:
Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam menggalakkan umat untuk berbuka puasa dengan
buah tamar dan air kosong. Kerana itu lebih utama untuk dijadikan makanan iftar.
Maka di situ ada kelebihan dan nilai tertentu yang akan diberi pahala jika
mengamalkannya bertepatan dengan apa yang Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam lakukan.
Tetapi
salah faham yang mungkin berlaku apabila mungkin sebahagian daripada ahli
Shaklee yang telah mendakwa bahawa makan makanan Shaklee juga adalah makanan
sunnah untuk iftar yang sama nilainya dengan kurma dan air kosong.
Ini mungkin
disebabkan kenyataan daripada ilmuan
Islam di Malaysia contohnya Dr Zaharuddin Abdul Rahman:
“Makanan Sunnah ialah apa-apa makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi. Jenama Makanan Sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.”
Ya..
kenyataan itu tepat sekali namun telah di“salah guna”kan oleh golongan
yang ‘ada kepentingan’.
Maka,
dikeluarkan kenyataan sebegini: ‘Jom berbuka dengan ESP Shaklee, ia adalah
makanan sunnah kerana berkhasiat walaupun tidak terdapat pada zaman Nabi’.
Ungkapan di atas hanya contoh, harap tiada yang melakukan sebegitu.
Meninggalkan
buah kurma yang digalakkan oleh Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam dengan
bertukar kepada ESP Shaklee tidak akan dapat menyamakan pahala berbuka dengan
Sunnah yang dilakukan dan dianjurkan oleh Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam
pada waktu dan cara yang telah ditentukan oleh baginda.
Harap
anda boleh faham setakat ini. Kalau tak faham, perbanyakan Salawat atas Nabi Salla
Allah ‘alayh wa sallam.
Rumusannya:
apa yang Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam nyatakan tentang kelebihan makanan
tertentu dan tatacara kaifiat dan waktu untuk memakannya yang khusus dan
telah ditentukan mempunyai nilaian yang berbeza jika kita nak menggantinya
dengan sesuatu yang lain.
Begitulah
juga kelebihan air Zam-zam nak dibandingkan dengan air mineral yang lain. Minum
air zam-zam tidaklah sama seperti minum air lain. Ia mempunyai kelebihan tersendiri.
Tetapi
kena ingat bahawa pahala itu milik Allah. Allah jua yang berkuasa.
Sunnah Jibilliyyah.
Saya
ingin membawa para pembaca melihat keluar sedikit daripada dimensi makanan.
Supaya kita lebih memahami perkara ini. Dan ia mempunyai kaitan yang sangat
rapat agar kita tidak salah faham.
Kehidupan
manusia ini bermacam-macam ragam dan dibezakan dengan bangsa, tempat tinggal,
iklim, suasana persekitaran, cara berfikir dan lain-lain.
Rasulullah
adalah orang Arab. Islam tidak memaksa bukan arab meniru budaya arab. Pakaian
dan seni yang berkaitan dengan bangsa Arab itu –jika ia dilakukan oleh
Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam dikategorikan sebagai sunnah jibilliyyah
atau sunnah adat iaitu perjalanan hidup baginda disebabkan faktor keinsanan dan
kearaban baginda. Ia adalah perbuatan yang dilakukan atas dasar sebagai manusia
dan berdasarkan amalan atau budaya sekeliling.
Dalam
erti kata lain, jika baginda bukan seorang nabi pun, sunnah jenis ini tetap
wujud. Baginda memakai jubah, serban, selipar, suka kepada warna-warna
tertentu, naik unta, memakai wangian dan lain. Semua ini wujud sebelum baginda
menjadi rasul.
Golongan
non muslim pada zaman baginda juga mengamalkannya. Selagi tiada nas yang sahih
memerintahkan umat mengikutinya maka sunnah jenis ini menurut pendapat
sebahagian ulama hukumnya hanyalah harus sahaja.
Maka
harus untuk mengamalkannya dan harus untuk meninggalkannya.
Maka
tidak menjadi masalah untuk seorang yang menganut Islam tidak pernah memakai
jubah, atau serban, menaiki unta atau seumpamanya. Jangan diberat-beratkan
masalah ini.
Jika
Islam itu fokus utamanya mengenai cara pakai, apakah ia sesuai untuk semua
bangsa?. Sedangkan manusia ini berbeza latar kegiatannya, iklim tempat
tinggalnya dan cara fikirnya.
Namun
jika seseorang itu melakukannya atas dasar kecintaan kepada Rasulullah salla
Allah ‘alayh wa sallam sehingga mahu melakukan apa sahaja yang dilakukan
baginda, dia akan mendapat ganjaran pahala disebabkan kecintaannya.
Nafi’
menceritakan bahawa Ibnu ‘Umar Radiya Allah ’anhu mengikut segala perbuatan
Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam. Beliau bersolat di mana tempat baginda
bersolat. Beliau akan berhenti di bawah pohon tempat Rasulullah salla Allah
‘alayh wa sallam berteduh, malah beliau
sering menyirami pohon tersebut supaya ia tidak kering. Beliau juga melalui
jalan-jalan yang dilalui Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam serta berhati-hati mengatur langkah untuk
mengikut jejak langkah unta tunggangan baginda termasuklah turun dan naik unta.
Hal
seumpama ini juga menjadi amalan para sahabat yang lain. Umpamanya al-Tirmidhi
meriwayatkan bahawa Abu Talut menceritakan pada suatu hari beliau memasuki
rumah Anas bin Malik Radiya Allah ’anhu. Ketika itu Anas sedang memakan labu.
Anas berkata, “Wahai labu! Aku tidak suka memakanmu melainkan kerana
Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam memakanmu”.
Ok.
Sudah semakin jelas atau semakin kabur.
Kalau
masih kabur, saya syorkan untuk membaca tulisan ini.
Pemakanan Nabi.
Pemakanan
Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam juga adalah sunnah jibilliyyah. Nabi
salla Allah ‘alayh wa sallam suka makan
labu, makan daging kambing, makan roti, kurma, menggalakkan makan habbatus
sauda, minyak zaitun, buah tin, tembikai, dan semua itu dikaitkan dengan faktor
ke‘arab’an Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.
Kalau
di negara Timur Tengah, memang itulah yang menjadi makanan kebiasaannya.
Di Malaysia, kita makan nasi, ulam, ikan masin. Yang mungkin susah nak ditemui di negara Arab. Dan nabi salla Allah ‘alayh wa sallam tidak bertemu dengan sambal belacan, budu, tempoyak, cencaluk dan lebih-lebih lagi ESP.
Makanan
yang tidak pernah dimakan oleh Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam tidaklah
menunjukkan ia bukan pemakanan sunnah.
Kita
kembali kepada kesimpulan yang disebut Dr Zaharuddiin iaitu
“Makanan Sunnah ialah apa-apa makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi. Jenama Makanan Sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.”
Saya
nukilkan juga apa yang disebut oleh Ibn Taymiyyah:
“Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah mamakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri”
Mudah
sahaja rumusannya:
Apa sahaja
yang kita makan untuk membantu kita cerdas dan cergas untuk terus taat dan
menjadi hamba kepada Allah itu adalah pemakanan yang mengikut sunnah.
Kefahaman
mudah adalah jika kita ber‘suhur’ dan ber‘iftar’ dengan ESP
Shaklee atau apa-apa produk lain untuk tujuan kita kuat beribadah, maka kita
akan dapat pahala di atas apa yang kita niatkan.
Beberapa panduan dan nasihat segar.
#1. Pilih makanan yang halal dan baik. Kalau kita
merasakan nasi, timun, tomato, ikan itu baik untuk kesihatan, maka kita telah ikut
sunnah Nabi dalam menjaga kesihatan dengan memilih makanan yang terbaik untuk
kita. InsyaAllah dapat pahala sunnah menjaga kesihatan melalui pemakanan
melalui pemahaman ke atas cara pemakanan nabi.
#2. Kita juga ikut sunnah Nabi jika kita makan dengan
adab-adab makan yang diajar oleh Nabi. Baca Bismillah, Makan dengan
tangan kanan, ambil makanan yang dekat dan seumpamanya. Boleh buat carian
sendiri untuk tambahan.
Adab-adab
makan sangat penting agar apa yang kita buat menjadi ibadah.
Pemahaman
tentang adab-adab makan juga harus dikuasai agar kita tidak menuduh orang lain
tidak ikut sunnah. Umpamanya apabila seseorang itu menggunakan sudu atau garpu
atau pisau, jika makan western.
Begitu
juga apabila melihat seseorang itu makan atau minum berdiri, kita mengatakan ia
tidak sunnah. Sedangkan perbuatan itu juga harus berdasarkan hadith-hadith Nabi
dan athar sahabat.
Kalau
minum ESP pun tak baca bismillah, minum dengan tangan kiri, tidak mahu
berkongsi kebaikan dengan orang lain, minum sebab nak dapat tenaga buat
maksiat, pasti dia jauh dari sunnah.
#3. Kita juga mendapat pahala sunnah sebab menolak
kemudaratan. Sunnah mengelak kemudaratan itu adalah wajib.
Jika
makanan yang kita makan itu mempunyai unsur-unsur yang boleh membahayakan
kesihatan kita walau ia halal dan baik secara umum untuk dimakan, namun tidak
baik untuk kesihatan kita, maka ia juga sunnah untuk kita meninggalkan perkara
yang memudaratkan kita. Itulah keindahan Islam. Setiap perbuatan yang kita buat
akan ada ganjarannya dengan niat yang betul.
Kalau
tahu, kerap makan kentang goreng di kedai makanan segera itu bahaya,
cuba-cubalah untuk tinggalkannya.
Kalau
tahu ada produk Shaklee ni tak sesuai jika seseorang yang mengambilnya
menghidap penyakit tertentu, jangan syorkan produk tersebut.
#4. Kadang-kadang tatacara perbuatan kita makan makanan
yang memang nabi makan pun boleh jadi haram.
Contohnya;
Kita makan bufet kambing golek di sebuah kenduri akikah. Ya, nabi memang suka
makan kambing dan pernah nabi mengajak sahabat nabi makan kambing. Tapi
disebabkan rasa tamak, jarang jumpa kambing golek dengan sos BBQ dan lada hitam
yang menyelerakan menyebabkan hidangan yang disediakan untuk 70 orang hanya
cukup untuk 35 orang sahaja.
Kita
makan secara berlebihan supaya orang yang datang kemudian tidak dapat merasa
kesedapan kambing golek tersebut.
Fikir-fikirkanlah
apa hukum kita buat perkara tersebut.
Dalam
Shaklee kita diajar untuk menebarkan kebaikan.
Berkongsi dengan orang apa yang kita ada supaya bertambah berkat.
#5. Tidak boleh mendakwa Nabi makan sesuatu makanan
dengan mempunyai kelebihan tertentu tanpa dalil yang sahih untuk menguatkan
tindakan atau penyataan kita.
Contohnya:
Hadith palsu yang menyebut: ‘Terung itu ubat segala penyakit”. Atau Makan
kismis boleh menguatkan ingatan.
Begitu
juga mendakwa nabi salla Allah ‘alayh wa sallam makan dengan cara
sekian..sekian..sekian, tanpa ada dalil dan nas yang sabit, maka ia juga
tertolak.
Namun
jika kaedah pemakanan disokong berdasarkan kajian terperinci melalui sains atau
selainnya, maka jika kita hendak beramal, maka beramal disebabkan kajian
tersebut. Jangan sekali-kali menyandarkannya kepada Nabi salla Allah ‘alayh wa
sallam. Kelak akan merosakkan agama.
Janganlah
sebut Nabi suka makan dan memuji buah oren semata-mata nak menyuruh orang lain
makan vita-C plus.
#6. Jangan mencerca makanan dan ia bertentangan dengan
sunnah. Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam sering kali memuji makanan. Nabi salla
Allah ‘alayh wa sallam memuji cuka. Antara tujuannya adalah supaya kita
membataskan diri kita daripada mengambil makanan yang lazat-lazat sahaja.
Sekali-sekala makanlah makanan orang biasa.
Nabi salla
Allah ‘alayh wa sallam jika tidak menyukai sesuatu makanan, baginda akan diam
dan tidak pula baginda menghalang orang lain untuk memakannya.
Kadang-kadang
kita memperlekehkan sesuatu produk makanan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat
tertentu yang mungkin kita tidak suka disebabkan persaingan perniagaan, maka
kita telah melanggar sunnah Nabi. Bahkan jika kita berasa hasad dengan produk
tersebut maka dosa kita akan lebih bertingkat-tingkat. Na’udhubilla min
Dhalik.
Jangan
hasad dengki tapi banyakkanlah me‘muji’ produk Shaklee dan sebarkan
kebaikannya.
Namun
jika kita bertujuan untuk membongkar keburukan sesuatu makanan, kita
menceritakan keburukan sesuatu makanan, maka ia menjadi satu kewajipan untuk
kita membantu orang lain supaya terhindar daripada kemudaratan.
#7. Betulkan niat kita apabila mengambil produk Shaklee,
mengamalkannya supaya kita jadi sihat untuk berbuat kebaikan sebagai hamba
Allah dan Khalifah Allah di muka bumi. InsyaAllah, kita telah mengikut sunnah
Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam dalam berinteraksi dan memberi nilai kepada
makanan.
#8. Elemen penting juga di dalam amalan pemakanan yang
baik ialah tidak mengikut jejak langkah syaitan. Jangan membazir, jangan boros,
jangan berlebihan, jangan hasad, jangan cemburu, jangan sombong, dan jangan,
jangan, jangan.
Semua
benda yang ada kaitan dengan keburukan dan kejahatan itu adalah jejak langkah
syaitan.
Kita
yang mengamalkan produk Shaklee jangan sekali-kali mengikut jejak langkah
syaitan.
Dan nasihat
saya yang #9 tapi bukanlah yang terakhir, tidak perlulah kita mewar-warkan
bahawa produk kita adalah “produk sunnah” jika akhlak kita tidak menggambarkan
kita mengikut sunnah.
Biarlah
orang kata Shaklee bukan produk atau makanan sunnah tapi pastikan diri kita
mengikut amalan sunnah di dalam pemakanan. Itu yang lebih utama.
Ya..
Yang pasti kita boleh mengikut dan amalkan sunnah dalam amalan pemakanan melalui produk
Shaklee.. Sunnah Nabi mengajar kita keluasan untuk mengamalkan Islam dan mudahnya
mendapat pahala melalui pemakanan.
==================
Terima
kasih kerana membaca perkongsian ini. Jika ada tersalah di dalam fakta dan
penyampaian, harap dapat diperbetulkan segera kerana memperbetulkan kesilapan
juga adalah sunnah.
Moga
bermanfaat.
Saya juga mencadangkan anda untuk membaca tulisan ini;
KLIK: Memecah Dimensi Pemakanan Sunnah dan Realiti Hari ini.
Saya juga mencadangkan anda untuk membaca tulisan ini;
KLIK: Memecah Dimensi Pemakanan Sunnah dan Realiti Hari ini.
Info yg sangat berguna.tq
ReplyDeletehttp://kekalsihatdenganvitamin.blogspot.com
Terima kasih kerana membaca. Semoga setiap usaha dan perbuatan kita untuk kekal sihat melalui Shaklee mendapat pahala sunnah.
DeleteMemaknakan kehidupan dengan memberi.
Perkongsian ilmu..sis suka sgt sbb skang dah jelas apa yg dimaksudkn dgn mkn sunnah yg betul...tima kasih hafizah
ReplyDeleteYg benar 》http://superummishoppe.blogspot.com
Sama-sama.. semoga setiap apa yang kita lakukan menepati dengan kehendak sunnah nabi.
DeleteMemaknakan kehidupan dengan memberi.
Bagusnya mak..sangat detail..hihi
ReplyDeleteHihi, alhmdulillah..Moga sama-sama dapat manfaatnya..^_^
Deletebaru sempat membaca... dan mengerti ape itu makanan sunnah Nabi..
ReplyDeleteterima kasih
www.mrskeciksangat.blogspot.com
InsyaAllah, Islam itu indah bukan..^_^ InsyaAllah stp perbuatan diniatkan kerana ibadah kepada Allah tetap dapat ganjarannya walaupun tiada pada zaman Nabi..
Delete