Wednesday, December 17, 2014

3 Step Mudah Resepi Air Asam yang Mampu Membuatkan Suami Anda Makan Bertambah-Tambah!

Air Asam. siapa yang tak terliur bile melihatnya bukan? Kecur air liur oiii..

Saya ni bukanlah dari kategori yang pakar memasak. Ala kadar biasa-biasa saja untuk hidangan suami tu reti la yang simple-simple. Nak yang ala-ala restoran, memang tak la kan. Tapi apa pun, memang sentiasa berusaha untuk sediakan yang terbaik. 

Air asam pun kene mahir jugak ke? Oh sudah tentu korang. Lagi-lagi kalau macam suami saya yang memang suka amat menu ayam/ikan cicah air asam. 

Suami korang pun sukakan air asam ni? Haaa..3 step mudah resepi ni korang mesti cuba tau!
Nak ceritanya, macam-macam resipi saya cuba untuk buat air asam yang macam kat kedai tu la kan..hehe. Tapi kebanyakannya tak menjadi. 

Sampai la seorang rakan saya, Dayah berkongsi resepi air asam di blog nya jommsihatdancantik. On the spot petang tu saya terus buat, Alhamdulillah menjadi!

Taraa..Dari aritu memang hampir setiap hari atau selang 2 hari buat air asam. Mudah amat nak buat. Goreng ikan je mesti nak cicah dengan air asam jugak. 

Eh, tak payah cerita panjang lah! Yang penting nak tahu resepi dia kan kan? Jom kite belek resepi mudah ni.. 




Bahan-bahan:
15 batang cili padi ditumbuk atau dimesin
(bergantung pada selera anda sukakan pedas lebih atau tidak)
3 batang cili besar ditumbuk atau dimesin
Tomato 2 biji dihiris nipis
Bawang besar sebiji dihiris nipis
Limau kasturi 2/3 biji
Asam jawa secukup rasa
Kerisik secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

**Kalau suka tambah belacan boleh juga. Saya tak berapa gemar, so saya tak tambah belacan**

Cara-Cara:
Step 1#
Setelah tumbuk/mesin cili padi dan cili besar (saya lebih suka tumbuk), 
Masukkan hirisan bawang tadi dalam lesung. Tumbuk lembut.
Masukkan juga hirisan tomato dalam lesung. Lenyek lembut.

Step 2#
Bancuh air asam jawa secukupnya, 
Kerisik secukupnya,

Ste 3#
Kemudian campurkan cili, bawang dan tomato yang dah siap ditumbuk dan gaulkan bersama air asam, kerisik, garam dan gula secukup rasa dan perahkan limau kasturi. 

Siap!



Mudah kan? Aduh, kenapa la saya tak jumpa cara ni lama dulu. Banyak kali mencuba, tak juga jadi. Akhirnya, dengan resepi ini juga yang menjadi nya. Terima kasih my friend Dayah!

Selamat mencuba kawan-kawan!





=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
Id Number: 946651
SMS/What'sapp : 019-3405054

Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================

20 comments:

  1. Nampak sedap air asam Fiza ni. Bolehlah cuba nanti sebab sebelum ni buat cicah ikan guna sambal kicap je.
    6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sebelum ni cicah sambal kicap jugak Ila.. Sekali Fiza dah reti buat, adeh hubby mintak buat air asam ni tiap ari pulak..^_^ Layankan aje kan..hehe

      Delete
  2. kalau ada ikan bakar, daging bakar memang terangkat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh, memang terangkat kak Tun..Maunya bertambah, tak jadi nak diet..haha

      Delete
  3. Replies
    1. Ha'a dulu pun ingt susah..Tapi kalau tak tau cara, memang akan jadi susah juga sbb tak mnjadi..hihi

      Delete
  4. makan ngan nasi daging sedap nie. potong tomato biaq besaq sikit..perghh!!

    JommSihatDanCantik -> MATI HIDUP BALIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergghh memang sedap tu! Terangkat habis..

      Delete
  5. tak pernah lagi buat benda ni..kalau buat mcam agak2 leh simpan lama man yer?

    Masalah Kesuburan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak leh simpan lama mana sangat Niny.. Saya biasa paling lama pun untuk sehari je.. Kadang dia mudah basi juga sbb berair kan.. kecuali klu simpan dalam peti, lama sikit la wlupun tak lama mana..^_^ hehe

      Delete
  6. kecur liur pulak teringat air asam ni..thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak bg Lia kecur air liur..hihihi. Sbb Fiza sllu kecur air liur tgk menu-menu resepi Lia yang mantap2..hehe

      Delete
  7. Sedapnya kak fiza.. nak datang rumah boleh? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sila sila..Alyaa je tak smpai2 lagi ni..^_^

      Delete
  8. Replies
    1. Hihi memang nak bg Asma terliur ni..nnti boleh buat sendiri..^_^

      Delete
  9. salam,
    cubaan terbaik ni. tahniah :)

    ReplyDelete
  10. masam berganda tu ... saya pun x berapa suka belacan . ada kerisik rupanya ... boleh cuba ni .

    ReplyDelete