Tuesday, January 13, 2015

3 Senaman Mudah Kecilkan Paha dengan Cepat dan Efektif

Paha besar merupakan dilema biasa bagi seorang wanita khususnya. Sangat jarang lelaki memiliki paha yang besar. Rasa malu, segan dan kurang keyakinan diri menjadi antara faktor seorang wanita bersungguh berusaha mengecilkan paha mereka yang besar.

Senaman merupakan cara terbaik untuk mengecilkan paha yang besar. Namun, senaman bagaimanakah yang boleh membantu mengatasi masalah ini agar anda memiliki paha yang kecil sesuai dengan tubuh anda?

Senaman mudah kecilkan paha

Antara senaman mudah untuk kecilkan paha adalah seperti berikut:

Joging

Joging merupakan salah satu latihan kardio atau sukan yang biasa dilakukan. Ketika anda mula berjoging, maka kaki anda akan bergerak secara berterusan. Senaman ini cukup efektif untuk mengecilkan paha anda.


Berbasikal

Berbasikal merupakan senaman yang menyeronokkan. Namun, kadangkala tak semua orang mempunyai basikal dan persekitaran yang sesuai dengan kediaman untuk melakukan aktiviti ini.

Jangan khuatir! Bagi yang tidak mempunyai basikal, boleh ke pusat gym dan menggunakan alat senaman basikal di sana. Selain ia bermanfaat untuk membakar lemak, ia juga dapat mengecilkan paha anda.


Naik turun tangga

Jarang melakukan pergerakan juga menjadi salah satu punca utama kepada timbunan lemak dalam badan termasuk bahagian paha tidak terkecuali.

Senaman paling mudah adalah dengan melalukan aktiviti naik dan turun tangga. Selain boleh mengeluarkan peluh, ia juga boleh mengecilkan paha anda juga. Pilih tangga berbanding lif.


Senaman ini merupakan senaman yang mudah. Namun, ianya menjadi sukar sekiranya tiada kesungguhan daripada diri anda sendiri. 

Apa tunggu lagi. Pilih senaman mengikut kesesuaian anda. Mulakan sedikit demi sedikit agar lama-kelamaan ia menjadi habit anda setiap hari.


Semoga berjaya! 

10 comments:

  1. Kalau kemas rumah, sapu keliling rumah aci tak dikira sebagai senaman? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci aci..tp klu nak fokus tang paha, kene lebihkan pergerakan bhgian kaki..hihi

      Delete
  2. Aci2..sambil sapu sampah sambil buat dumbbell..hihi..berotot 1 bdn.

    Jemput baca: Pisang Goreng Cheese Paling Lazat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tapi kene pastikan banyak pergerakan juga tau Ida..^_^

      Delete
  3. Kita nie segan nak buat tu semua. Makan pil n dapat slim n nk kesan segera. Fuhh, semakin canggih teknologi semakin malas kita dibuatnya..huhuu. Tapi kan, dgn senaman kita dapat rembeskan satu hormon 'gembira'...haa cerr cari hormon apa tu.^_____^

    JommSihatDanCantik -> DONT WORRY BE HAPPY

    ReplyDelete
  4. Nanti peha dah kecil tapi berketul2 uratnye kak..

    ReplyDelete
  5. Hihi. Mmg bagus tips ni. Bila berat naik sikit je mmg terasa peha berlaga. Nak jalan pun tak selesa. Bila peha kecik, nak pilih kain dan skirt pun mudah. Kalau tak baju maybe saiz M, kainnya kena saiz L pula :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tang tu memang bermasalah Ila..huhu. Bile beli baju ready made, kadang baju dh ok, kain pulak sempit amat..Nak amik kainnya besar, kang baju pun jadi menggeleber je kan..huhu

      Delete