Friday, January 9, 2015

Tips Mengatasi Masalah Kulit Sering Mengelupas

Vitamin C membantu atasi masalah kulit mengelupas
Terasa malu apabila kulit muka sering mengelupas kan? Rasa kurang keyakinan diri, segan dan hilang semangat untuk berhadapan dengan orang lain merupakan dilema biasa yang dialami bagi mereka yang mengalami masalah pengelupasan kulit kronik.

Pengelupasan kulit ini merupakan satu proses biasa bagi manusia. Namun, kebiasaannya ia hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Apabila kulit muka anda mengelupas dan berlaku dalam tempoh yang agak lama, anda perlu risau tentang masalah ini. Apakah punca kulit mengelupas?


Kempunyai 3 lapisan iaitu epidermis (lapisan luar) yang menghasilkan rambut, kuku dan sebagainya. Dermis (lapisan tengah yang menjadi penghubung hujung saraf motor) dan Hipodermis (lapisan terakhir yang memiliki lapisan lemak). 

Lapisan kulit manusia ini menjadi pelindung kepada organ dalaman manusia. 

Punca Kulit Mengelupas

Seperti yang saya sebut di atas, pengelupasan kulit merupakan perkara biasa bagi manusia dalam tempoh fasa tertentu di mana sel kulit akan mengelupas dan digantikan pula dengan sel kulit yang baru.

Namun, bagaimanakah pula apabila kulit muka anda mengalami pengelupasan dalam tempoh yang agak lama dan mengalami simptom berikut?

  • Kemerahan seperti udang dipanggang
  • Sensitif dalam suhu dan cuaca panas
  • Terasa gatal
  • Sensitif dengan habuk

Tahukah anda apakah antara punca masalah kulit mengelupas ini? 

Antara punca masalah kulit mengelupas adalah seperti berikut:

  1. Penggunaan produk kecantikan atau kosmetik yang salah dan tidak sesuai dengan kulit
  2. Produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menipiskan kulit muka juga
  3. Perubahan cuaca dan udara. Cuaca sejuk terlampau juga boleh menjadi salah satu faktor kulit mudah mengelupas.
  4. Kehilangan kelembapan kulit
  5. Kekurangan nutrisi makanan yang diperlukan untuk kulit yang sihat seperti vitamin C, vitamin E dan kolagen.

Mungkinkah anda salah seorang yang mengalami masalah ini? 
Sudah buntu mencari jalan penyelesaian? 

Tips mengatasi masalah kulit mengelupas

Mungkin tips ini serba sedikit boleh membantu anda mengatasi masalah kulit mengelupas ini:
  1. Pastikan pengambilan nutrisi yang cukup untuk kulit yang sihat terutamanya vitamin C, vitamin E, vitamin D dan kolagen yang sangat bagus untuk kulit. Banyakkan makan buahan dan sayuran. Atau paling mudah, ambil supplement yang punya kandungan vitamin tersebut. 
  2. Minum air kosong yang mencukupi, 8 gelas sehari supaya kulit tidak berlaku dehidrasi.
  3. Cuci muka sebaiknya dengan pencuci muka yang tidak mengandungi bahan kimia
  4. Hentikan serta merta penggunaan yang mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh merosakkan kulit anda.
  5. Gunakan lotion/pelembap untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap. 
  6. Lakukan senaman kerana senaman juga membantu kulit anda berfungsi dengan lebih baik. 
  7. Gunakan sunblock yang dapat mencegah dari sinaran uv tinggi

Vitamin C membantu mengatasi masalah kulit mengelupas
Sumber vitamin C yang cukup sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat
Yang paling penting, awas dengan pengambilan sesuatu produk kesihatan atau kosmetik muka yang anda ambil. Pastikan terlebih dahulu bahan kandungan produk tersebut. Buat research sedikit sebelum anda membeli. 

Bak katanya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak pakai produk parah jadinya..(Hahaha sesuka je aku pi ubah peribahasa ni..)

Alhamdulillah, pengalaman saya amalkan minum air kosong yang cukup sehari dan pengambilan Vitamin C yang konsisten (klik di sini), syukur takde dah alami masalah kulit lagi sekarang. 

Apapun, moga beberapa tips ini dapat membantu masalah kulit mengelupas anda agar tidak lagi menjadi 'teguran' dan 'sindiran sinis' rakan-rakan anda.

Anda mampu mengubahnya!

8 comments:

  1. Memang hari-hari duk amal vitamin c dan 8 gelas air. Kalau tak muka cepat gatal sebab terlalu kering hingga menggelupas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Akak Vitamin.. Moga ianya terus menjadi amalan smpai bile2, insyaAllah..

      Delete
  2. Penjagaan kulit sangat penting bagi kaum wanita. Apalagi penjagaan kulit wajah. Amalkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan rajin membersihkan wajah anda....dengan cukupkan keperluan air sebangak 8 gelas sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nila.. Tp kebanyakan wanita agak terleka sikit utk mnjaga kecantikan kulit lepas kawin.. InsyaAllah cantik untuk suami, makin dpt pahala kan..^_^

      Delete
  3. Kekurangan air salah satu faktor yg boleh buatkan kulit jadi kering. Kena rajin minum 2 3 liter air selain sapu herbal blend n amalkan esp...boleh gitu? ^__^

    JommSihatDanCantik -> 1 CARA MENGHENTIKAN BERSIN DI SIANG HARI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda, bru ni fiza ada tengok tau kt google, perbezaan wajah bg org yg cukup minum air dengan yg tak cukup.. Sangat berbeza! Nampak cun dan sihat je kulit orang yg cukup minum air..

      Delete
  4. Macam saya ni adalah jenis lelaki yg kurang ambil peduli tentang kulit muka. Mujurlah tidak mempunyai apa-apa masalah. Tapi biasalah...usia meningkat, kulit dah tak seanjal dulu...hehe

    ReplyDelete
  5. Selain makan vitamin, pilihan pencuci dan produk kecantikan amat penting. Jom guna set enfuselle shaklee.

    ReplyDelete