Sunday, March 15, 2015

Adab Menghadiri Undangan Majlis Perkahwinan yang Selalu Kita Pandang Remeh

Cuti sekolah sudah bermula. Seperti biasa, bila bermula sahaja cuti sekolah, undangan majlis perkahwinan juga lebih banyak dari biasa. Kadang sampai tak dapat nak penuhi semuanya. 

Tahukah anda, dalam menghadiri undangan majlis perkahwinan pun, ada adab-adab yang harus kita penuhi sebagai tetamu. Apakah dia? Cuba checklist kita ada buat tak perkara-perkara sebegini?
Sebut mengenai undangan perkahwinan, kalau boleh semua kita nak hadiri kan? Apatah lagi teman-teman persekolahan dulu.

Namun, ada perkara yang selalu kita lupa apabila menghadiri undangan perkahwinan tersebut. Kadangkala, banyak adab-adab yang kita tidak tunaikan sebagai tetamu.

Agak-agak apa yer? Cuba cek biasa tak kita buat?

Mengambil makanan secara berlebihan

Haaa.. part ni yang saya yakin ramai orang biasa lakukan. Kadangkala seolah-olah terlupa ramai lagi tetamu yang mungkin tidak dapat makan akibat sifat tamak kita.

Semua makanan ingin diambil, sudahnya tak habis pun. Buang begitu sahaja. Kan dah membazir tu namanya. Kesian tuan rumah. Tak ke mereka sedih bila melihatnya. Makanan yang dijamu dibuang begitu sahaja.

Sibuk mencari kekurangan majlis

Kita adalah manusia biasa. Kita merancang sebaiknya, tapi yang menentukan adalah Allah swt. Jangan terlalu sibuk mencari kekurangan pada majlis tuan rumah. Pelamin tak cantik la..Makanan tak sedap la.. Terima seadanya. Andai makanan tak mencukupi, tempat tidak selesa, terima seadanya.

Mengumpat keluarga tuan rumah

Ini satu lagi perkara yang seringkali kita tak sedar lakukannya. Duk sibuk mengumpat anak tuan rumah, mengumpat isteri tuan rumah dan sebagainya. Adakah anda mahu tetamu anda juga mengumpat ahli keluarga anda sendiri?

Berlama-lama di majlis orang

Duduk lama di majlis orang tidak salah. Tetapi, harus melihat keadaan suasana majlis tersebut. Andai tetamu penuh sesak, sampai berdiri pegang pinggan tunggu giliran untuk duduk, so faham-faham la segerakan urusan yer. Lihat suasana majlis.

Andai anda sedara mara tuan rumah, lain la cerita kan? Harus lama-lama tolong rewang apa yang patut kan? Meringankan mereka juga sebagai sedara mara anda.

Pakai pakaian yang tidak sesuai dan kurang sopan

Kebiasaannya majlis undangan perkahwinan ni penuh dengan adat Melayu. So, sebaiknya kenakanlah pakaian yang sopan dan menutup aurat. Sejuuuukkk sikit mata memandang kan?

Ini cuma sebahagian adab yang saya rasa harus kita semua jaga sepanjang menghadiri undangan majlis perkahwinan. Selebihnya boleh kita fikirkan bersama.

Apapun, fikir-fikirkan sebagaimana kita mahu tetamu kita lakukan pada kita apabila kita menjadi tuan rumah, begitu jugalah kita harus penuhi apabila menerima undangan dari orang lain.


No comments:

Post a Comment