Wednesday, March 18, 2015

Licin dah kulit anak..Takde lagi ruam!

Ruam adalah perkara biasa berlaku pada anak-anak terutamanya bayi. Sebagai ibu tentunya kita risaukan apabila anak tak selesa dengan ruam pada badan. Kalau kita pun dah resah tak selesa apatah lagi anak-anak kecil. 

"Kesian tengok anak kak..Memang nampak macam dia ok, tapi kita tahu dia tak selesa..Dah macam-macam dah cuba.." Itu antara luahan ibu-ibu yang anaknya mengalami masalah ruam. 
Saya dah jumpa beberapa orang ibu yang mengalami masalah anak ruam ni. Apa yer sebenarnya antara punca ruam ni? 

Menurut Dr. Zubaidi, antara punca ruam lampin adalah seperti berikut:
  • Bayi mempunyai kulit yang sensitif, terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi.
  • Ibubapa menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai pada bayi.
  • Adakalanya 'baby wipe' juga mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi terutamanya yang mengandungi wangian. 
  • Bayi anda mempunyai kulit yang amat sensitif sehingga ruam terjadi secara berulang.
Dalam entri lalu pun saya ada kongsikan juga samada ruam ni bahaya atau tidak sebenarnya?

Mungkin beberapa cara ini dapat membantu merawat ruam anak anda?

Saya dulu pun ada guna beberapa petua untuk atasi ruam pada badan anak ni termasuk amalkan sapu bedak berubat setiap kali selepas mandi dan juga sapukan dengan tepung ubi sebagai mengikut petua orang lama.

Krim? Ada juga guna. Macam-macam kirim saya pernah cuba. Yela nak kulit anak bebas ruam la katakan..

Namun, krim yang paling best dan cepat berkesan yang pernah saya guna adalah krim Herbal Blend dari Shaklee.

Mula-mula saya takde la percaya sangat bila kawan-kawan duk cerita krim ni best. Macam 'krim ajaib'. Semua boleh guna untuk sapuan luar.

Agak lama la juga saya nak percaya dan pendek kata tak beli-beli. Bagi saya, dah nama pun krim mesti sama je macam yang lain. Satu krim untuk satu kegunaan. Mana ada satu krim untuk macam-macam kegunaan kan?

Satu hari, saya teringin juga nak try dan amazing Alhamdulillah memang cepat je ruam anak hilang bersih, kulit licin.

Yang lagi best, tapak kaki merekah, kulit stretchmark, luka berdarah, kesan gigitan nyamuk dan serangga, melecur terkena minyak atau air panas dan macam-macam lagi semua boleh guna dengan hanya satu krim!

Save duit beli macam-macam krim..

Apa kata ibu-ibu lain tentang krim ini?














Semoga perkongsian ini dapat membantu lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana. Niat saya cuma satu agar anak-anak kita semua sihat dan selesa menempuhi alam kanak-kanak mereka.

Sebagai ibubapa, sudah tentunya kita mahukan yang terbaik buat anak kita bukan? 

1 comment:

  1. Mj pun sukakan krim ni, satu kat rumah, satu kat rumah mertua, satu kat umah mak..memang ohsem!

    ReplyDelete