Berat badan berlebihan merupakan salah satu dilema yang sering terjadi di kalangan ibu-ibu. Saya juga tak terkecuali dalam menghadapi situasi sebegini.
Anda bagaimana? Nak tahu kenapa berat anda sukar untuk turun?
Saya masih ingat lagi sewaktu hamil anak kami, berat saya naik mendadak dari 57 kg kepada 72 kg! Bayangkan lah..
Tapi, hari pertama bersalin terus turun kepada 65 kg. Mungkin sewaktu mengandung air ketuban saya banyak seolah-olah hamil bayi kembar..haha.
Niat hati untuk menyusu sepenuhnya selama 2 tahun tercapai, malah lebih lagi dari jangkauan waktu sepatutnya.
Namun, apa yang saya perasan sepanjang menyusukan Nur Hanan sepenuhnya, berat saya turun kepada 59-60 kg. Dan sepanjang menyusukan Hanan, berat hanya naik sekitar antara 1-2 kg sahaja sepanjang beberapa tahun biarpun kerap makan kerana menyusu!
Tetapi sejak berhenti menyusu sepenuhnya, berat saya terus naik mendadak sehingga mencecah 70 kg!
Apa yer puncanya boleh jadi begitu?
Saya ada kongsikan dalam artikel yang lalu apakah sebenarnya rahsia slim bagi ibu menyusu (klik di sini).
Benarkah pendapat yang mengatakan ibu menyusu tidak boleh kurus dek kerap lapar dan makan banyak ketika menyusu?
Fakta yang harus anda percayai bahawa pembuangan lemak akan berlaku apabila anda menyusu badan sepenuhnya! Woww bestkan?
Sebab tu lah berat saya mantain sepanjang 3 tahun menyusu, namun naik mendadak dan susah nak turun setelah berhenti menyusu.
Disiplin dalam menurunkan berat badan bukanlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi berhadapan dengan hidangan makanan Malaysia yang pelbagai ini.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Good luck!
Fakta yang harus anda percayai bahawa pembuangan lemak akan berlaku apabila anda menyusu badan sepenuhnya! Woww bestkan?
Sebab tu lah berat saya mantain sepanjang 3 tahun menyusu, namun naik mendadak dan susah nak turun setelah berhenti menyusu.
Kurang Minum Air
Air merupakan salah satu aspek pening dalam penurunan berat badan dengan lebih cepat. Amalkan minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Elakkan minum air manis secara kerap.Makan Secara Berlebihan
Gaya hidup yang tidak sihat malah pengambilan makanan secara berlebihan menjadi punca kenapa berat anda masih lagi tiada penurunan. Malah, pengambilan makanan berlebihan pada waktu malam juga menjadi punca masalah ini tidak berkurangan.Kurang Bersenam
Senaman merupakan salah satu amalan gaya hidup yang boleh membantu penurunan berat dengan lebih cepat. Kerapkan senaman sekurang-kurangnya 3x seminggu. Bagi surirumah, boleh download video senaman berkaitan dan jadikan rutin di rumah.Tidak Berdisiplin
Saya yakin dan percaya orang-orang yang berjaya menurunkan berat badan adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat secara berdisiplin.Disiplin dalam menurunkan berat badan bukanlah satu tugas yang mudah. Apatah lagi berhadapan dengan hidangan makanan Malaysia yang pelbagai ini.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
- Tetapkan target yang jelas berapa kg anda mahu turun dalam tempoh berapa bulan.
- Tampal target anda
- Mind setting juga perlu betul. Perbetulkan tanggapan bahawa kurus bukan saja untuk cantik, malah yang penting kurus untuk sihat.
- Jadikan ianya sebagai gaya hidup bukan bersifat sementara
Moga tips ini dapat membantu masalah anda dalam usaha menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menambat hati suami yang sukakan isteri slim melim.
No comments:
Post a Comment