Wednesday, July 8, 2015

Selamatkah Bahan Pencuci di Rumah Buat Anak Anda?

Kebanyakan ibubapa menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat untuk anak-anak. Namun, tahukah anda banyak kematian di kalangan kanak-kanak adalah berlaku ketika di rumah? 

Lebih mengejutkan, kebanyakannya adalah berpunca daripada keracunan! Satu kajian juga menunjukkan bahawa 1/3 keracunan di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan terminum bahan beracun di rumah. Adakah anda sedar tentang perkara ini?

Lebih membimbangkan apabila sebahagian ibubapa bersikap sambil lewa dan menganggap bahan pencuci rumah seperti pencuci lantai, pencuci bilik air dan sebagainya tidak bahaya sehingga tanpa disedari kadangkala ia diletakkan di tempat yang mudah dicapai oleh anak-anak. 

Cuba anda cek di mana kedudukan bahan pencuci rumah anda sekarang? 

Bahan-bahan kimia yang menjadi punca keracunan


Bahan-bahan sediaan kimia yang dikenal pasti boleh menyebabkan keracunan yang teruk terbahagi kepada beberapa jenis yang utama iaitu :
  • Sabun dan bahan pencuci
  • Racun tikus (Rodentisid)
  • Hydrocarbon seperti minyak tanah
  • Cat, varnis, pencair cat
  • Alat kosmetik
  • Racun makhluk perosak (insektisid)
  • Ubat gegat (naftalin)
  • Alat-alat lukisan 

Langkah keselamatan yang perlu anda awasi


Sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini, sebaiknya anda membuat langkah keselamatan lebih awal. Sekurang-kurangnya anda mampu menyelamatkan nyawa insan yang anda sayangi.
  • Gunakan bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan bahan dalam bekas asal.
  • Jangan sekali-kali gunakan bekas bahan-bahan kimia ini sebagai bekas makanan kerana ini akan mengelirukan kanak-kanak.
  • Simpan makanan, bahan kimia dan ubat-ubatan di tempat berasingan.
  • Pastikan almari atau bekas simpanan mempunyai penutup dan berkunci.
  • Beli pencuci dan bahan lain dalam kuantiti kecil yang mencukupi untuk sesuatu tugas. Seboleh mungkin dapatkan barang yang paling tidak merbahaya.
  • Simpan semua bahan kimia, pencuci dan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dicapai dan dilihat oleh kanak-kanak.

Basic H 1001 kegunaan bahan pencuci yang lebih selamat


Sejak saya mengenali Shaklee lebih setahun yang lalu, saya sudah mula menggunakan bahan pencuci serbaguna, Basic H ini yang dijamin selamat dan semulajadi tanpa bahan kimia. 
Pencuci rumah serbaguna

Apakah keistimewaan Basic H dalam menjamin keselamatan anda sekeluarga?


Selamat

  • Tidak Bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin


Berkesan

  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda - 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • 2x ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang siekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh di kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk septik dan pembentungan

So, pilihan di tangan anda. Biarpun sebahagian berpendapat agak mahal sebotol Basic H. Namun, bagi saya dengan hanya belanja RM46 sebotol untuk pelbagai kegunaan, malah dijamin bahannya tanpa bahan kimia, saya lebih berani untuk menggunakannya sebagai pelbagai bahan pencuci di rumah kini.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Whatsapp 019-3405054 (Puan Hafizah)

6 comments:

  1. Minggu lepas Mek ila bersihkan kedai guna Basic H. Memang puas hati sebab kesannya memang awesome. Just sembur dan bersihkan . kerja-kerja memberus secara kuat dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang best.. Yang paling best sebab dia tahan guna sampai beberapa bulan..^_^ Saya pkai siap dekat setahun sebotol tu..

      Delete
  3. Betullah... bahan pencuci yang digunakan, jika tidak disimpan di tempat selamat sudah pasti boleh diambil oleh kanak-kanak dan ini membahayakan keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  4. Betul tu...anak2 saya memang kuat menyelongkar barang2...barang yg dh letak kt tempat tinggi pn dia dapat ambil..mmg kene pantau selalu...

    ReplyDelete