Friday, July 10, 2015

Abaikan Keselamatan Anak Semasa Makan Mungkin Mengundang Maut!


Kepentingan menjaga keselamatan anak bukan hanya perlu dititikberatkan ketika mereka bermain, beriadah, ketika berada di luar rumah dan sebagainya. Malah, keselamatan anak anda juga perlu dititikberatkan semasa mereka sedang makan!

Percaya atau tidak, pengabaian keselematan anak ketika makan boleh mengundang maut! Bagaimana? Cuba anda fikir-fikirkan kemungkinan yang boleh terjadi.

Apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk menjaga keselamatan anak semasa makan?

  1. Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam saiz yang kecil dan sesuai dengan tahap umur anak anda. Hal ini penting untuk mengelakkan daripada tercekik semasa makan.  
  2. Anda perlu sentiasa berada berhampiran dengan anak ketika mereka makan. Kenapa ianya penting? Anda boleh memberikan bantuan segera seandainya sesuatu terjadi seperti tersedak dan tercekik.  
  3. Pastikan anak tidak berlari-lari ketika makan. Ya, part ini memang sedikit sukar. Namun, anda harus sentiasa mendidik anak anda agar belajar untuk duduk ketika makan. Malah, makanan dapat dikunyah dengan lebih sempurna. 
  4. Sekiranya anda ingin memberikan sayur-sayuran yang agak keras seperti lobak dan kentang, rebuslah dengan sempurna sehingga lembut. Ia penting agar anak anda dapat menelannya tanpa sebarang masalah. 

Diharapkan langkah keselamatan awal ini dapat membantu anda menyelamatkan nyawa anak anda sendiri. Usah biarkan anak anda menjadi mangsa kepada sikap kecuaian kita sendiri.

 

2 comments:

  1. Replies
    1. Betul, kene beringat sebelum terkena.. Dah terkena tak boleh nak menyesal sekalipun kan..

      Delete