Wednesday, October 5, 2016

4 Saranan Makanan untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

4 saranan makanan untuk kanak-kanak kurang berat badan
Anda yang mempunyai anak-anak yang mengalami masalah kurang berat badan tentu sekali sedikit sebanyak memberikan kebimbangan kepada anda bukan.

Namun, usah terlalu stress dengan masalah ini kerana ianya normal berlaku kepada kebanyakan ibubapa. Anda masih boleh menangani masalah ini secara baik. 


Mungkin anda telah mencuba pelbagai cara untuk memikat hati anak anda dengan makanan yang lebih berkhasiat untuk peningkatan berat badan mereka. Namun, pilihan mereka masih lagi tetap dengan makanan yang kurang berkhasiat. 

Punca Kekurangan Berat Badan di Kalangan Kanak-kanak :


Antara punca kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah seperti berikut :
  1. Alahan kepada susu
  2. Kurang selera makan akibat kekurangan zinc
  3. Tidak mengambil makanan yang mengandungi kandungan kalori yang mencukupi

Bagi kanak-kanak yang tidak mendapat kalori yang mencukupi, mahu atau tidak ibubapa perlu mengira pengambilan kalori mereka setiap hari. 

Biarpun masalah ini masih boleh di atasi, usah anda mengambil enteng kerana kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak akan menjadi penyumbang kepada kerencatan pertumbuhan mereka dan kelewatan mencapai akil baligh

Saranan Makanan untuk Meningkatkan Berat Badan Kanak-kanak :


Sajikan makanan yang kaya dengan unsur zinc untuk meningkatkan berat badan kanak-kanak seperti :  

Tiram

Hidangkan tiram secara kreatif kerana rasanya mungkin sedikit pelik bagi kanak-kanak. Anda boleh menyediakan menu pasta bersama tiram dengan campuran sedikit sayuran.

Ketam

Sediakan menu ketam yang kurang pedas seperti ketam masak mentega dan sebagainya.

Daging

Kebiasaannya kanak-kanak lebih sukakan ayam berbanding daging. Anda boleh pelbagaikan cara masakan dengan menyediakan menu ala-ala satay dan stik ditambah dengan kentang goreng dan sayuran stim 

Kekacang seperti gajus dan badam

Jadikan kekacang dan gajus sebagai snek harian mereka. Pilih kekacang yang enak dan menarik perhatian mereka. Pastikan kurangkan garam dalam snek kekacang tersebut. 

Bagaimanakah Cara Terbaik untuk Mengajak Anak yang Mengalami Masalah Kurang Berat Badan untuk Makan? 


Antara cara dan kaedah yang anda boleh praktikkan ialah :
  • Tingkatkan pengambilan karbohidrat yang sihat dalam pemakanan seharian
  • Wujudkan suasana yang ceria semasa makan
  • Usaha kerapkan masa makan bersama-sama anak
  • Bagi kanak-kanak yang sudah pandai dan boleh menerima arahan anda, ajak mereka bersama ketika menyediakan makanan.

Biarpun anak saya tidak mengalami masalah kekurangan berat badan ini, namun antara cara lain untuk saya pastikan anak cukup nutrien dan zat, saya berikan anak saya hidangan tambahan Meal Shakes ini. 

Alhamdulillah sangat membantu! 

Biar apapun cara dan usaha anda, usah berputus asa. Teruskan usaha anda untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda.

2 comments: