Friday, September 30, 2016

Hikmah di Sebalik Pemergian Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din

Sudah 2 minggu pemergian al-Fadhil Tuan Guru Dr. Haron Din menemui Sang PenciptaNya. 

Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh ini. Terkenal dengan ilmunya yang sangat mendalam dalam bidang agama. 

Malah, disegani oleh setiap lapisan masyarakat. Menjadi contoh buat pemuda dan pemudi Islam dalam memperjuangkan agama Allah swt.

Seperti yang semua sedia maklum, beliau dijemput Ilahi pada tanggal 16 September 2016 jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Standford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Haron, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi semalam waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Selanjutnya di : http://www.bharian.co
Malah, jenazah beliau turut dikebumikan di sana sesuai dengan permintaan beliau.


Kawasan Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California

Apakah hikmah yang kita boleh ambil disebalik pemergian Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din ini?


Saya kongsi di sini perkongsian dari seorang hamba Allah yang viral di Facebook minggu lepas.
 

Membentuk zuriat yang soleh

Kematian Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din mengajarkan kita beberapa perkara. Hal ini bukanlah diajarkan oleh Allahyarham secara lansung. Namun Allah menzahirkannya di mata hati yang tidak terbelenggu.
Pertama:
Allahyarham mengajarkan kita suatu sunnah iaitu jenazah dikebumikan di tempat ruh ditarik.

Kedua:
Mentarbiah anak-anak dan keturunan supaya beragama sehingga tidak memerlukan bantuan orang lain untuk keperluan peribadi seperti imam solat jenazah.

Ketiga:
Berbakti untuk agama dan masyarakat dengan akhlak yang baik sehingga mereka bakal menjadi saksi amal kebaikan kita pada akhirat kelak.

Di Malaysia, solat jenazah ghaib diimami oleh cucu Allahyarham Hakeem bin Hamdi yang berumur 17 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Hal ini mengingatkan kepada suatu kisah yang terdahulu iaitu pada saat ibu Tuan Guru Datuk Haron Din meninggal dunia dalam keadaan sujud.

Jenazah ibu ini diurus oleh ketiga-tiga anaknya iaitu Tuan Guru Datuk Haron Din, Datuk Hassan Din dan Ustaz Ishak Din dari awal hingga akhir. 

Mereka tidak berhajat kepada orang lain untuk memandikan jenazah atau mengkafankan jenazah atau mengimami solat jenazah kerana hasil daripada didikan ibu ini, ketiga-tiga anaknya menjadi anak yang berbakti kepadanya dunia dan akhirat.

"Bagaimana pula kita membentuk anak-anak kita?"

"Adakah semata-mata menjadi doktor, pilot, engineer, guru atau lain-lain yang bakal meninggalkan urusan jenazah kita kepada orang upahan?"

Masih belum terlambat, sila dorong anak-anak agar meminati ilmu agama dan akhlak beragama..

Andai esok kita mati, agak-agaknya boleh tidak anak dan cucu kita uruskan jenazah kita?

Fikir-fikirkan.. Muhasabah untuk diriku jua..

No comments:

Post a Comment