Friday, May 4, 2018

5 Punca yang Mengundang kepada Kegagalan Buah Pinggang

5 punca kerosakan buah pinggang
Buah pinggang adalah salah satu nikmat Allah swt kepada manusia yang mempunyai pelbagai fungsi dalam membantu melancarkan proses dalaman tubuh manusia. 

Namun, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah kerosakan buah pinggang. Apabila berlaku kerosakan kepada buah pinggang, banyak fungsi tubuh turut terganggu dan bermasalah!


Apakah punca terjadinya penyakit buah pinggang ini? Mari kita semak dan berusaha untuk mencegah sebelum ianya terjadi. Mungkin juga entry ini menjadi panduan buat anda yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah buah pinggang.

Penyakit buah pinggang


Masalah buah pinggang merupakan antara penyakit yang paling dikhuatiri apabila ia mula menunjukkan tanda. 

Statistik data bilangan pesakit pada tahun 1993 menunjukkan seramai 18 orang bagi setiap 1 juta penduduk Malaysia yang telah menghidap penyakit buah pinggang.

Namun, pada tahun 2003, jumlah itu meningkat kepada 23 orang bagi 1 juta penduduk. Yang lebih membimbangkan apabila diramalkan pada tahun 2040, jumlah pesakit buah pinggang di Malaysia bakal mencecah kepada 2.5 juta orang!


Apakah punca yang boleh mengundang kepada masalah kerosakan buah pinggang?


Terdapat beberapa sebab dan faktor yang menjadi punca kepada masalah buah pinggang, antaranya :

1. Gaya hidup yang tidak sihat


Pengambilan makanan yang berlemak, tinggi kandungan garam, kurang senaman, merokok merupakan antara punca kepada masalah buah pinggang pada masa akan datang.


2. Obesiti atau berat badan berlebihan


Masalah obesiti akibat daripada gaya hidup yang tidak sihat boleh mengundang kepada beberapa penyakit lain selain daripada buah pinggang seperti diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan jantung,  


5 punca kerosakan buah pinggang


3. Penyakit darah tinggi dan kencing manis


Dua jenis penyakit ini memberi punca kepada masalah buah pinggang. Pesakit darah tinggi dan diabetes yang tidak mengambil ubatan dengan aturan yang betul lama-kelamaan boleh mengundang kepada risiko masalah buah pinggang.


5 punca kerosakan buah pinggang


4. Batu karang


Batu karang juga merupakan salah satu penyebab kepada masalah buah pinggang. Masalah batu karang yang berulang sehingga menjadi kronik lalu mengganggu aliran air kencing, lama-kelamaan ia boleh mengundang kepada kegagalan buah pinggang.


5. Pengambilan ubatan dalam tempoh yang panjang terutamanya ubat tahan sakit


Pengambilan ubat tahan sakit atau bergantung kepada ubatan untuk satu tempoh yang sangat panjang juga boleh mengundang kepada masalah kegagalan buah pinggang. 

5 punca kerosakan buah pinggang


Inilah dia di antara punca utama kepada masalah kegagalan buah pinggang. Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang ini. 

Amalkan cara hidup yang sihat, banyakkan bersenam, kurangkan pengambilan gula dan garam di dalam makanan, berhenti merokok dan amalkan pengambilan zat dan nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan.

Buat rawatan berkala dengan klinik atau hospital untuk memastikan tahap kesihatan anda termasuk tekanan darah tinggi dan kencing manis yang menjadi punca utama kepada masalah kegagalan buah pinggang.

019-3405054
Pn. Nor Hafizah
Blogger tegar since 2013

2 comments:

  1. Amalkan gaya hidup sihat insyaAllah dapat elak penyakit buah pinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. Gaya hidup tak sihat ni blh undang mcm2 penyakit..

      Delete