Tuesday, May 22, 2018

Tips Latih Anak Puasa Ramadan Tanpa Paksaan

Alhamdulillah kita sudah memasuki 7 hari Ramadan. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Fasa pertama Ramadan bakal melabuhkan tirai, lalu memasuki fasa ke-2 Ramadan. 

Bagaimanakah khabar puasa kita? Adakah punye peningkatan atau mungkin masih banyak lagi target yang perlu dikejar? 

Bagaimanakah pula puasa anak-anak kita yang mungkin baru sahaja belajar mengenal erti puasa? Adakah mereka berpuasa kerana paksaan atau kefahaman yang ibubapa terapkan dalam diri mereka? Jom kita semak..

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anak-anak yang mula belajar untuk berpuasa. Apabila mereka bersedia, kita raikan mereka. 

Namun, dalam keghairahan kita sebagai ibubapa dengan bermulanya anak-anak berpuasa, usah kita lupa matlamat dan kefahaman tentang puasa yang perlu diterapkan kepada mereka.


Apakah antara kesilapan ibubapa? 


Hakikatnya, bagi anak-anak yang belum baligh, tidak diwajibkan untuk mereka berpuasa. Namun, tiada salahnya bagi kita untuk mula mendidik anak berpuasa tetapi dengan beberapa kaedah yang betul. 


Adakah perlu ajar anak berpuasa di usia 4-6 tahun? 


Ketika usia ini, sangat tidak wajar untuk ibubapa memaksa anak berpuasa. Tiada masalah andai mereka mahu merasai pengalaman berpuasa (menahan lapar dan dahaga) seperti ibubapa mereka. 

Namun, apabila anak-anak mahu berbuka, anda seharusnya memberikan keizinan, bukan menahan. 


Apakah keutamaan yang utama selain berpuasa bagi anak-anak?


Sebelum mendidik anak untuk berpuasa, perkara pokok yang utama adalah untuk mendidik mereka menunaikan solat terlebih dahulu. 

Kalau kita lihat kepada turutan dalam Rukun Islam yang 5, solat juga mendahului tuntunan berpuasa. 

Oleh yang demikian, tanamkan seawal mungkin tuntuan mendirikan solat kepada anak-anak sebelum berpuasa. 

Latih la anak-anak berpuasa secara berperingkat tanpa paksaan sehingga mengganggu kesihatan mereka. 


Apakah Tips Latih Anak Berpuasa? 


Bagi anak-anak yang sudah memahami tuntutan puasa dan berkemampuan untuk melaksanakannya biarpun masih belum baligh, terdapat beberapa tips bagi anak-anak, antaranya :

  1. Pastikan mereka memasang niat yang betul tujuan berpuasa.
  2. Didik anak untuk bangun sahur bersama. Selain daripada mengambil kelebihan bersahur, ia juga membantu anak mendapat tenaga yang mencukupi sepanjang hari.
  3. Kurangkan makanan atau minuman manis dan lebihkan pengambilan air kosong.
  4. Doakan anak-anak diberikan kekuatan untuk berpuasa kerana doa ibubapa sangat mustajab.

Itu lah antara tips yang boleh diamalkan bagi anak-anak yang baru belajar untuk mengerjakan ibadah puasa. Moga ianya dapat membantu ibubapa yang mempunyai anak yang sedang berpuasa.

No comments:

Post a Comment