Showing posts with label Kesan Abaikan Minum Air Kosong pada Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Kesan Abaikan Minum Air Kosong pada Kanak-Kanak. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Keperluan Manusia Terhadap Air

Air adalah nutrien penting bagi manusia dan ia terlibat di dalam semua fungsi tubuh badan. Dua pertiga daripada tubuh manusia adalah terdiri daripada air. Air membantu mengangkut nutrisi dan sisa kumuhan di dalam dan ke luar sel. Air juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai. Keperluan manusia kepada air berbeza mengikut umur, berat dan kegiatan fizikal manusia. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari atau sekurang-kurangnya 2 liter.

Monday, October 6, 2014

Mama, Bantu Adik.. Adik Tak Cukup Minum Air Kosong!

Air merupakan salah satu sumber kurniaan rezeki yang sangat penting untuk kehidupan. Manusia, tumbuhan, binatang semuanya memerlukan air untuk hidup. Kalau oksigen untuk manusia bernafas menjadi keperluan utama, air pula jatuh di tangga kedua. Tubuh manusia juga keseluruhannya terdiri daripada air iaitu sebanyak 60-65% termasuk otak yang memiliki air sebanyak sebatang rokok! Anda bayangkan sekiranya urusan kehidupan anda tanpa bekalan air? Begitu juga dengan tubuh manusia. Tanpa air, pelbagai penyakit boleh mengganggu kehidupan manusia. Ikuti sharing saya, Pengedar Shaklee Klang mengenai kesan pengabaian air kosong kepada kanak-kanak.