Thursday, October 9, 2014

Keperluan Manusia Terhadap Air

Air adalah nutrien penting bagi manusia dan ia terlibat di dalam semua fungsi tubuh badan. Dua pertiga daripada tubuh manusia adalah terdiri daripada air. Air membantu mengangkut nutrisi dan sisa kumuhan di dalam dan ke luar sel. Air juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai. Keperluan manusia kepada air berbeza mengikut umur, berat dan kegiatan fizikal manusia. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari atau sekurang-kurangnya 2 liter.

Minumlah Air Secukupnya

Air penting untuk pelbagai fungsi tubuh. Ia penting untuk sistem pencernaan, penghadaman, penyerapan, peredaran dan fungsi pembuangan.



Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Oleh sebab itu, ia menjadi penyelesaian kepada anda yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Dengan memastikan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari, ia membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Jika anda tidak cukup minum air, tubuh anda tidak akan mampu membakar kalori dengan baik.

Kekurangan air juga menyebabkan anda cepat berasa lapar. Jika anda berasa lapar, cubalah untuk minum air segelas dahulu dan cuba anda tanya diri anda sama ada anda sebenarnya sedang dahaga atau lapar…

Air tidak berbahaya jika anda minum di dalam jumlah yang berpatutan. Dua liter sehari adalah selamat, namun jika anda minum 2 liter dalam masa satu jam, ia boleh membawa mudarat. Tubuh akan menjadi lemah dan anda tidak akan bermaya.

Amalan minum air secukupnya terutama selepas bangun tidur dipercayai mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Penyakit yang berkaitan sendi, tekanan darah tinggi, masalah jantung, berat berlebihan, asma, alergi dan beberapa penyakit lain mampu dicegah dan dikurangkan melalui pengambilan air yang cukup.

kredit: www.undergroundhealthreporter.com

 Petunjuk Nabi Tentang Pengubatan Dengan Air.

Terdapat hadith Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam yang mengajar umatnya untuk mengatasi sesuatu penyakit dengan air. Antaranya:

Diriwayatkan daripada ‘Aishah daripada Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam, baginda bersabda: “Demam adalah daripada bahang api neraka jahanam. Oleh itu sejukkanlah ia dengan air” (Al-Bukhari)

Hadith ini menganjurkan umat manusia tentang pengubatan menggunakan air tanpa ada perincian sama ada memandikan, menyapu badan dengan air, meletakkan kain basah di atas kepala atau dengan minum air yang banyak.

Ini menunjukkan bahawa air dapat mengembalikan semula kekuatan tubuh badan. Apatah lagi kalau air itu daripada sumber yang terbaik iaitu air zam-zam yang diyakini berupaya menyembuhkan penyakit tubuh badan sama ada jasmani mahu pun rohani.

Begitu juga bagi umat Islam, tatacara wudu’ juga memberikan pengaruh kepada kesihatan yang bukan sahaja pada fizikal tetapi pada rohani juga. Sehingga emosi seperti marah juga yang disuntik hasutan syaitan dapat dipadamkan dengan wudu yang sempurna.

Jadikanlah air teman anda setiap masa.

------------------------
Jika anda memerlukan Jag Penapis Air yang terbaik yang boleh di bawa ke mana-mana, hubungi saya untuk maklumat lanjut.



Klik Sini untuk info lanjut


-----------------------

Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..


Pengedar Shaklee Klang, Shah Alam, Pelabuhan Klang

Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



4 comments:

  1. sudahkah anda memeiliki penapis air dirumah anda...??? jika belum cepat dapatkan Get Clean Water segera...jangn jadikan ginjal anda sebagai penapis yea..

    ReplyDelete
  2. Air yang bersih sememangnya penting untuk manusia. Jadi bagi yang belum mendapatkan penapis air yang mudah dibawa keman-mana, sila dapatkan Shaklee Water Pitcher ni ya...

    Berbaloi-baloi!

    ReplyDelete
  3. belum ada penapis air ni lagi...bila nak beli ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli jangan tak beli ummi.. Pembelian berbaloi-baloi ni katakan..^_^

      Delete