Monday, January 6, 2014

CARA TERBAIK PENYIMPANAN SUSU IBU

Susu ibu merupakan rezeki daripada Allah swt yang tiada galang ganti dengan sesuatu apa sekalipun malah harta dan wang ringgit.

Setiap titisan susu ibu pasti memberikan nilai yang sangat tinggi bagi setiap para ibu. Oleh yang demikian, kebiasaannya para ibu amat mementingkan penjagaan dan penyimpanan susu ibu. Lebih-lebih lagi susu yang dipam ketika bekerja. Sangat berharga! Mahunya boleh menangis sekiranya susu rosak, tumpah dan sebagainya bukan?
Di sini, saya ingin kongsikan bersama anda beberapa tips dan cara penyimpanan susu ibu. Moga ianya memberi manfaat buat kita semua..

Untuk menyimpan susu ibu:
(1) Pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 
(2) Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
(3) Beg sejuk khas juga boleh digunakan. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu ibu:

(1) Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah Celcius, selama empat jam.
(2) Dalam peti ais bersuhu 4 darjah Celcius atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
(3) Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah Celcius, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama 3 hingga 6 bulan.

*Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Tips tambahan:

(1) Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. 
(2) Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
(3) Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula..

Ingat!

Cuci tangan anda dan pastikan pam dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 



Never Lose Hope..


Sumber:
www.babycentre.com

No comments:

Post a Comment