Saturday, January 25, 2014

PANDUAN KURUSKAN BADAN

CUBA AMALKAN PANDUAN INI:

1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan-lahan sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan-makanan sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.



3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan .

4. Mulakan makan dengan buah-buah diikuti sup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makanan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat, oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri.Boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kennyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemok kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, senyap-senyap ia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak-kanak, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah-buah atau kacang-kacang waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rampai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

SELAMAT MENCUBA!

Credit to:
Dr. Hamid Arshat, Pakar Kesuburan


No comments:

Post a Comment