Monday, January 20, 2014

SESI COACHING, SHARING MOMENT GROUP SHAKLEE

Selamat petang semua..!!!

Tanggal 19 Januari 2014 bersamaan hari Ahad..Alhamdulillah, akhirnya semalam sempat juga bersua muka, bertentang mata dengan upline ku.. Atau bahasa kami dalam group-group Shaklee ni, "Mommy"..hehe. Mommy ni duduk nun jauh di utara Semenanjung sana. Duduk di Kedah. Entah macam mana la boleh tersangkut join dengan mommy ni dulu, ada la kisahnya walaupun sebenarnya bukan kenal pun sebelum ni. Memang tak kenal! Daftar ahli bawah Mommy memang semuanya melalui online. Haaa.. bukan mommy yang cari saya yer.. Bukan mommy yang duk terkejar-kejar saya datang rumah ajak join ahli semua bagai..hehe. Semuanya dengan alam siber!

Berbalik kepada cerita saya bertemu dengan mommy semalam. Punya lah seronok ni. Mana taknya anak bertemu mak kan? Mana tak seronok. Walaupun tak pernah bersua muka sebelum ni biarpun sekali, tapi jumpa semalam sembang macam dah lama kenal. Bagai nak rak sembang dan berkongsi itu ini. Sampai tak sedar hari dah makin senja. Dari jam 4.30 petang sampai jam 7 petang! Kalau tak diingatkan hari sudah menghampiri malam, mahunya terus sembang lagi. Kesian cik abangku menunggu. Hmmm, dah la Hanan tak mahu ikut Abi jalan-jalan area Putrajaya tu.. Kesian Abi.

Ops sori.. Sebenarnya bukanlah menyembang semata, duk gosip ke apa ke kan.. Tapi, pertemuan semalam banyak kami kongsikan tips bersama bagaimana untuk terus maju dalam Shaklee. Sebab peluang dalam Shaklee ni sangat la besar dan luas. Cuma kita je yang patut grab atau tidak. Ambil langkah atau tidak + extra rezeki daripada Allah. Tapi, memang ada jalan. Dan yang pastinya bukan lah sesuatu jalan yang sangat mudah. Buat sebulan dah give up! Aiyooo..itu memang susah la..huhu.

Sebelum ni memang dah selalu coaching melalui Wassap, chat dan Facebook. Semuanya di hujung jari. Alhamdulillah, semalam sharing lagi. Antara tips perkongsian Mommy dan sharing kami semalam, ada beberapa input yang saya rasa boleh kongsikan dengan anda semua.. Antaranya:
1) Rezeki ini milik Allah. Kita perlu usaha dan jemput rezeki tersebut. Jangan mudah putus asa. Kene buat sehabis baik, tapi seandainya masih belum ada rezeki sama macam orang lain, teruskan usaha, bersangka baik dengan Allah swt. Jangan terus putus asa!

2) Perlu kerja keras. Jangan ada rasa dengki dengan kejayaan orang lain. Lain orang, lain jalannya. So, teruskan usaha. Fokus pada jalan kita. Jujur dengan kerja kita.

3) Perlu jaga hak PELANGGAN. Macam-mana dikatakan hak pelanggan? Berikan mereka layanan yang baik. Guide mereka cara makan yang betul. Follow up setiap kali selepas pelanggan membuat pembelian. Jangan sekadar jual kemudian tinggal. Bina hubungan yang baik dengan pelanggan. Kalau boleh, jadikan pelanggan sebagai rakan kita walaupun tak pernah bersua muka.. Yes, ini yang I Like!

4)  Respon soalan pelanggan dengan jawapan yang paling mudah dan mesra. Gunakan cara yang simple. Macam mana kita suka penjual penuhi apa yang kita suka, sebegitu juga la kita perlu berikan kepada pelanggan.

5) Pelbagaikan ilmu dan skill perniagaan. Kene belajar, belajar dan terus belajar.

6) Buat sesuatu bisness perlu fokus. Jangan buat sesuatu bisness yang caca marba. Maksud caca marba di sini, semua bisness kita rasa nak buat, semua kita rasa nak sapu habis. At last, semuanya tak menjadi. So, yang penting FOKUS!

7) Kerja keras! Penat, letih itu semua biasa. Semua orang melaluinya. Semua ada anak dan suami, semua ada tanggungjawab masing-masing, tapi jangan letakkan ianya sebagai alasan!

8) Buatlah sesuatu yang boleh membuatkan pasangan gembira dan bahagia dengan kejayaan kita. As contoh, mesti suami happy kan bile kita dapat bantu kurangkan beban kewangan dia. InsyaAllah itu targetku!

9) Hargai pasangan masing-masing. Mungkin ada di kalangan pasangan kita yang tak reti nak bantu untuk buat sale, tak reti nak offer-offer pada rakan-rakan dia seperti sesetengah pasangan lain.. Tetapi, pasti dan yakinlah pasangan kita banyak berikan sokongan dan membantu kan? So, hargai sokongan pasangan masing-masing. (Alhamdulillah, syukur sangat suamiku seorang yang banyak membantu dan berikan sokongan..)

10) Hubungan dengan Allah perlu dijaga. Sebanyak mana pun kita usaha, bekerja keras, tetapi lupa dan tinggalkan Allah, maka semua itu menjadi sia-sia. Sebab Allah adalah pemilik rezeki kita. So, buat la sesuatu yang Allah suka dan makin sayang pada kita. Bila kita buat bisness sendiri, bukan makan gaji, semua pergantungan hanya pada Allah. Berbeza dengan orang yang makan gaji, cukup bulan gaji masuk sekian-sekian amaun. Tapi, bisness sendiri ini tidak. Perlukan usaha + kebergantungan hanya pada Allah swt.

Inilah yang selalu diulang-ulang dan diberi peringatan..Semalam sharing dan tekankan lagi.. Inilah salah satu kesitimewaan bila berada dalam Shaklee. Bukan kejar dunia semata, tetapi peringatan untuk bekalan di akhirat jua turut ditekankan. Tak rasa penat dan rugi bila berada dalam Shaklee ni. Alhamdulillah..

Actually, banyak lagi perkongsian kami, tapi cukup lah sekadar ini yang saya kongsikan.

Selitkan sikit pic bersama kak Zaliza merangkap adik beradikku dalam Shaklee. Bawah satu ibu. hehe.


Kak Zaliza Azura.. 
Comey je akk ni..Teka umur dia berapa?

Anda berminat untuk sertai group hebat kami? Berminat merasai sendiri pengalaman sebegini? Jangan rasa ragu-ragu dan was-was untuk join kami. InsyaAllah memberikan pengalaman baru dalam berbisness. Sebab mana yang kami tak tahu, kami sharing, tanya pada upline. Semuanya akan dibantu, dibimbing dan tidak akan dibiarkan anda keseorangan. Kecuali la memang anda tak mahu dibimbing kan? Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan ketahui cara mudah join ahli Shaklee.





Enjoy your life



No comments:

Post a Comment