Tuesday, January 21, 2014

KONSULTANSI PRODUK SHAKLEE: ANDA LAYAK MEMILIKINYA

Apa perasaan anda apabila anda membeli sesuatu produk, penjual tak explain anda cara makan, dosage yang dibenarkan dan tak konsult dengan betul? Apa yang anda akan lakukan? Cari penjual tersebut? Atau makan jela terus macam mana pun atau cari penjual lain yang boleh membantu?


Hari ni terpanggil nak buat entri ni.. Sebab dalam beberapa hari ni, saya banyak sangat-sangat menerima mesej dan pertanyaan daripada pembeli dari penjual lain, bagaimana nak makan ini, bagaimana nak makan produk itu.. Kenapa saya makan ini jadi sebegini dan sebagainya.. Kalau ikutkan penjual lain, mungkin ada yang dah tak jawab la kan.. Tapi, saya duk fikir, takpe la saya jawab la juga selagi boleh. Susah nak buat orang percaya pada kita kan? Bersangka baik dengan orang lain terlebih dahulu. Nak menipu atau jadi spy ke apa itu urusan dia dengan Allah. Tapi, sebaiknya kalau boleh dapat rujuk dari penjual yang anda beli terlebih dahulu lagi bagus. Sebab konsultansi saya istimewa untuk pembelian dari saya sahaja sebenarnya. Tapi, saya takde la marah anda tanya pun.."Pi cari SID tu!" Hehe, takde la gitu kan.. Tak baiknya.. 

Perlu diingat bahawa, setiap pembelian anda dengan mana-mana penjual sekalipun, anda layak mendapatkan konsultansi daripada penjual tersebut. Bayangkan kalau penjual pun tak tahu macam mana cara makan apa jadi pada anda? Haiya..Susah woo.. Silap-silap beri kesan tak baik pada badan. Bahaya bahaya.. Ke ada yang tak nak di konsult? Nak makan ikut cara sendiri? Hehe lagi bahaya tu..

Apa itu konsultansi? Tak mau la terang spesifik sangat kan apa ke benda maksud konsultansi ni.. Nak mudah faham, konsultansi ni adalah memberikan layanan, explain, tunjuk ajar, bimbing dan seangkatan perkataan lain la kan. Dalam konteks saya dengan Shaklee, sure konsultansi yang akan diberikan adalah berkaitan dengan bagaimana cara makan yang betul semua produk-produk Shaklee kan? 

So, sila pastikan setiap kali anda membuat order atau pembelian apa jua produk kesihatan dengan mana-mana penjual, anda mendapat jaminan konsultansi dari penjual tersebut. Jangan terus beli sahaja. Sebab cara makan yang tidak betul akan menjadi punca kepada permasalahan lain pula nanti kan..

Setiap pembelian anda bersama kami, saya akan memastikan anda mendapat jaminan KONSULTANSI daripada kami, insyaAllah. Kami tidak akan membiarkan anda bersendirian. InsyaAllah semuanya akan diterangkan secara lengkap. 

So, apa tunggu lagi. Jangan ragu-ragu untuk membuat pembelian bersama kami. Jaminan anda akan berpuas hati dengan layanan kami..^_^






Never Lose Hope..

No comments:

Post a Comment