Thursday, July 10, 2014

Bumi Palestin Berdarah Kembali!

Tidak sanggup rasanya melihat kesengsaraan yang dialami oleh penduduk palestin. Kanak-kanak, wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa. Ya Allah, tak sanggup.

Dikala Ramadan menjelma, rakyat Palestin melaksanakan puasa dengan kalimah jihad dan syahid. MasyaAllah syahid di bulan Ramadan! Syurga buatmu wahai pejuang Palestin..
Mungkin kita di sini dibanjiri dengan pelbagai macam makanan, pelbagai rasa keselesaan untuk menunaikan ibadah. Tapi, sedarkah kita bahawa mereka di sana terpaksa berhadapan dengan peluru dan bom hidup. Melaksanakan tarawih dalam keadaan berjaga-jaga. Peluru sebagai peneman. MasyaAllah, rasanya tidak tertanggung oleh kami seandainya situasi ini berlaku di hadapan kami.

Syukur, kita masih enak bersantai bersama keluarga, memegang erat tangan anak-anak berjalan di mana-mana dengan aman dan selamat tanpa serangan bom. Tapi, lihatlah anak-anak ini. Ibu-ibu kehilangan anak mereka. Anak kehilangan ayah dan ibu mereka. Suami kehilangan isteri dan anak mereka. Isteri kehilangan suami dan anak mereka.

Namun, yang pasti mereka punya kekuatan yang Allah campakkan dalam hati-hati mereka dengan sangat luar biasa! Bertahun lamanya..


Tetapi, apakah peranan kita sebagai umat Islam? Adakah kita hanya mahu melihat dan membiarkan sahaja saudara seIslam kita mempertahankan bumi Gaza? Yang menjadi kiblat pertama umat Islam dahulu?

Bangkitlah rakan-rakan. Sedarlah rakan-rakan.. Jangan kita terus rasa selesa dengan kehidupan kita sendiri. Bantulah mereka!

Seandai kita tidak mampu untuk turun berjihad, namun kita punya cara dan jalan jihad yang lain. Bagaimana? Menyumbang dan terus menyumbang.

Mereka amat memerlukan sumbangan kewangan dari kita. Yang kaya segalanya. Yang punya segalanya. Menyumbang lah rakan-rakan biarpun kita punya hanya RM1 sahaja. Ketahuilah RM1 itu Allah akan ganjarkan sebagai satu amal dan saham kita untuk akhirat. MasyaAllah..


Jangan biarkan mereka terus menanti bantuan dan ihsan dari kita rakan-rakan semua. Bertindak sekarang! Hulurkan bantuan anda segera!




Memaknakan Hidup Pada Memberi

1 comment:

  1. Kadang-kadang terdetik dalam hati, masya-Allah, dugaan meeka sangat berat, tetapi beruntungnya Allah telah memilih mereka untuk syahid, dan oppression yang mereka hadapi semakin menguatkan iman mereka. sedang kita di sini terdedah dengan fitnah akhir zaman apatah lagi fitnah dajjal..naudzubillah..

    ReplyDelete