Kulit punggung bayi kelihatan merah, berbintik dan mengelupas? Bayi kerap menangis, tidak selesa terutamanya apabila terkena air? Adakah tanda-tanda ini berlaku kepada bayi anda? Seandainya benar, bayi anda sedang mengalami masalah 'ruam lampin'. Ibubapa harus peka tentang masalah ruam lampin ini. Pastikan anda mengambil langkah merawat dengan kadar segara seandainya ruam lampin mulai timbul. Jangan biarkan kerana ianya mungkin mengundang kepada masalah kulit lain yang lebih serius.
Kulit kanak-kanak sangat sensitif dan mudah dijangkiti ruam walaupun berkali-kali menukar lampin dalam sehari. Adakah ruam lampin membahayakan? Apakah punca ruam lampin ini?
Menurut Dr. Zubaidi, antara punca ruam lampin adalah seperti berikut:
* Bayi mempunyai kulit yang sensitif, terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing
sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi
* Ibubapa menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai pada bayi
* Adakalanya 'baby wipe' juga mungkin tidak sesuai dengan kulit bayi terutamanya yang
mengandungi wangian.
* Bayi anda mempunyai kulit yang amat sensitif sehingga ruam terjadi secara berulang
Bagaimanakah Cara Merawat Ruam Lampin ini?
1) Segera tukar lampin apabila bayi kencing atau buang air besar. Pastikan kawasan tersebut kering dengan betul sebelum anda memakaikan semula lampin.
2) Bilas dengan air suam yang bersih dan pastikan tidak tertinggal sebarang kesan najis lagi.
3) Lap dan keringkan bahagian tersebut dengan rapi terutamanya di celah-celah kemaluan dan celah peha juga tidak dilupakan. Bagi bayi perempuan, lap daripada 'depan ke belakang' bagi mengelakkan kuman daripada punggung belakang menjangkiti vagina
4) Sapukan sedikit krim yang mengandungi antiseptik bagi melegakan radang yang dialami. Krim ini juga membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.
5) Biarkan bayi anda tidak memakai lampin seberapa banyak masa yang boleh bagi mempercepatkan pemulihan. Berikan pengudaraan yang sebaiknya.
6) Pilih lampin pakai buang yang mempunyai daya serapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Mungkin anda juga boleh menggunakan lampin kain seperti ibu-ibu zaman dahulu.
7) Jika bayi mengalami luka lecetan, boleh sapukan sapuan krim seperti zinc oksida bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman.
8) Kebiasaannya masalah ruam lampin ini dapat di atasi dalam 3 hingga 4 hari. Seandainya masalah ini masih lagi berlarutan, sila rujuk doktor mahupun pakar kulit untuk rawatan lanjut kerana dikhuatiri kulit anak anda telah dijangkiti bakteria.
Itu sahaja antara cara untuk merawat masalah ruam lampin ini. Anda juga mungkin mempunyai petua lain yang lebih menarik? Kongsikan bersama kami serta pembaca.. Siapa tahu, mungkin petua anda juga boleh digunakan oleh ibu-ibu.
Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan
Never Lose Hope...
---------------------------------------------------------
CHOOOOPPPP!!!
Rangkaian produk Shaklee juga mempunyai krim yang sesuai digunakan
untuk mengatasi masalah ruam lampin anda.
Anda boleh gunakan untuk sebarang sapuan luar selain ruam lampin..
Anda berada berdekatan kawasan kami?
Join group hebat kami sekarang..
Atau buat belian mana-mana produk Shaklee sekarang..
Sumber Rujukan:
Good Info.
ReplyDeleteJom lawat: http://raikankasih.blogspot.com
Terima kasih atas perkongsian menarik ni... Herbal blend Shaklee memang menjadi pilihan akak. Alhamdulillah, gatal-gatal di tangan cepat hilang
ReplyDelete