Thursday, November 9, 2017

5 Tips Buat Poster Menarik dan Kreatif!

tips buat poster menarik dan kreatif
Poster menarik dan cantik siapa yang tidak sukakannya bukan?

Saya juga begitu. Tertarik dan suka melihat pada poster yang menarik perhatian mata. Tetapi hakikatnya untuk menghasilkan poster yang menarik perhatian bukanlah mudah. 

Namun, ianya boleh digilap dan dihasilkan dengan baik dengan beberapa tips penting yang perlu dititikberatkan sebelum menghasilkan satu-satu poster.

Apakah tips untuk membuat poster yang menarik? InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua apakah tips untuk menghasilkan poster yang menarik dan kreatif.

Apakah Tips untuk Menghasilkan Poster yang Menarik?


Antara tips untuk menghasilkan poster yang menarik adalah seperti berikut :

tips buat poster menarik dan kreatif


1. Poster mestilah ringkas, padat dan jelas


Perkara pertama yang perlu dititikberatkan ketika membuat poster adalah ringkas, padat dan jelas.

tips buat poster menarik dan kreatif

2. Menggunakan gambar yang sesuai


Elemen penggunaan gambar yang sesuai, ceria dan jelas merupakan salah satu faktor penting dalam penghasilan sesuatu poster. 

Ini kerana gambar berfungsi sebagai eye-catcher yang mampu menarik perhatian pelanggan atau peminat anda. 

Bermula daripada gambar jugalah kebiasaannya orang akan mula membaca info-info lain pula yang terdapat di dalam poster anda.

tips buat poster menarik dan kreatif


3. Pilih tulisan/font yang jelas dan mudah dibaca


Selain daripada pemilihan gambar yang betul, tulisan atau font juga merupakan salah satu elemen penting yang anda perlu titikberatkan semasa membuat poster. 

Ini adalah kerana tulisan yang sukar difahami, tidak jelas, kabur boleh membuatkan pelanggan atau pembaca terus mengabaikan info di dalam poster anda. 

tips buat poster menarik dan kreatif


4. Pemilihan warna yang menarik


Pilih kombinasi warna yang menarik pada poster. Contoh, kalau guna gambar, cari gambar yg warna terang dan ceria..

Seandainya anda menggunakan background gelap, warna tulisana anda mestilah kontra.

Kalau anda menggunakan background putih, saya sarankan warna tulisan gunakanlah warna gelap seperti hitam, coklat tua, biru tua yang seakan-akab warna hitam.

Sebab kalau background putih, warna tulisan utama kita guna berwarna-warni, sukar untuk dibaca oleh pembaca anda.

Kalau anda mahu menggunakan tulisan berwarna-warni boleh tiada masalah. Tetapi pada perkataan yang bukan fokus utama poster tersebut.

Contoh,
#FantasticFamily
#TahukahAnda

tips buat poster menarik dan kreatif


5. Mempunyai tema, konsep dan halatuju


Apabila anda ingin menghasilkan satu-satu poster, anda perlu memikirkan apakah tema, konsep atau halatuju poster anda.

Bile kita tidak tahu halatuju poster arah mana nak dibawa, memang kita akan blur!

Bila poster kita ada tema atau halatuju, info yang kita mahu sampaikan pada customer, mudah mereka nak tangkap.

Kalau tidak, customer sendiri akan tertanya, apa benda dia nk cerita ni? 😅

Bila ada halatuju, awal-awal kita tahu dah step poster yg nak kita buat.

Contoh,
Bila kita nak buat poster tentang ESP, hidangan seisi keluarga yang lazat, dah boleh list down dah bagaimana kita mahu buat.

1. Mesti ada gambar ESP
2. Ada gambar buah-buahan

3. Sudah tahu dah mahu tulis apa dalam poster tersebut

Apakah apps yang sesuai dan mudah digunakan untuk menghasilkan poster yang menarik?


Terdapat banyak apps yang boleh anda gunakan untuk edit dan buat poster yang menarik. 

Namun, antara salah satu apps yang paling suka dan boleh dikatakan mudah untuk digunakan adalah PicsArt.

tips buat poster menarik dan kreatif
Ini antara contoh-contoh poster yang saya edit menggunakan apps PicsArt.
tips buat poster menarik dan kreatif

tips buat poster menarik dan kreatif

Tak tahu macam mana step nak guna picsArt? Boleh klik link yang saya kongsikan ini : Step Mudah Hasilkan Poster Menarik dengan PicsArt.

So lepas ni bolehlah download dan cuba edit gambar menggunakan picsArt ni yer. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment