Wednesday, November 8, 2017

Step Mudah Hasilkan Poster Menarik dengan PicsArt

Macam mana cara nak buat poster menarik dengan apps PicsArt? 

Pernah dengar tak tentang apps PicsArt? Atau mungkin anda sudah menjadi penggunanya? Atau mungkin anda baru sahaja berjinak-jinak untuk menggunakan apps ini? 

Namun, masih tak tahu cara yang betul? InsyaAllah saya boleh bantu anda! Hari ini, kota bongkar rahsia tentang bagaimana tips untuk membuat poster menarik dengan hanya menggunakan PicsArt.


Alhamdulillah, semalam sempat berkongsi tips bersama rakan-rakan bisnes Shaklee saya tentang bagaimana tips dan cara untuk menghasilkan poster yang menarik dengan menggunakan PicsArt.

So, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang step-step hasilkan poster menarik menggunakan PicsArt. Mudah saja!


Pertama sekali, buka PicsArt, klik pada tanda (+) di bahagian bawah, then pilih Edit.

Utk hari ini, sy akan kongsi tentang EDIT shj. Collage, Draw, Sticker nanti anda boleh godek dan cuba sendiri yer.


Selepas klik EDIT, anda boleh pilih samada nk pilih gambar terus dari Gallery atau pilih BACKGROUNDS seandainya mahu menggabungkan lebih dari 1 gambar dalam poster anda.


Selepas klik BACKGROUNDS, saya lebih suka memilih menggunakan background berwarna putih. Anda boleh membuat pilihan warna anda sendiri. Tetapi mahu yang terbaik pastinya dengan menggunakan backgound warna putih sahaja.


Sudah keluar backgrounds putih, scroll ke kanan dan ke kiri bahagian bawah, lihat ada apa untuk anda edit pic seterusnya..


Ok, next mula-mula klik (Add Photo) dan add semua gambar pilihan anda. Maximum 10 gambar untuk sekali add.

Sudah pilih, klik ADD di bahagian atas sebelah kanan..



Kebiasaannya, kalau gambar petak terlalu besar, sy akan crop dahulu gambar tersebut sebelum edit.


Petak besar ini boleh mengganggu seandainya kita mahu klik pada gambar apabila membuat proses editing gambar.


Next, saya nak tunjuk part yang paling saya suka..

Step macam-mana nak padam background putih di bahagian keliling gambar. 

Bila ada petak, ia akan mengganggu kedudukan gambar di bahagian belakang gambar hadapan. Contoh, seperti mana pic di atas ini, ia menutup gambar ESP di bahagian belakang bukan?

So, cara untuk padam petak atau putih keliling gambar, klik pada gambar, then klik pada gambar 'Pemadam' di bahagian atas, then anda padam saja keliling tepi gambar tersebut.

Sudah padam, klik tanda ✔ di sebelah kanan atas..

Next, seandainya anda mahu Add Photo lagi, atau mahu tambah tulisan, klik di bahagian (+).

So, boleh la edit font atau warna tulisan mengikut pilihan dan kesesuaian anda.


Maka siaplah poster, blh Save atau nak Share terus pun blh..
Dah settle buat poster.. Jadilah seperti begini hasilnya..

Mudah je kan? 

Awal-awal mungkin agak lambat sedikit anda menyiapkan 1 poster. Namun, lama-kelamaan anda pasti mahir dan ambil masa singkat untuk buat 1 poster.

Selamat mencuba!






1 comment: