Wednesday, May 2, 2018

5 Tips Penjagaan Kesihatan Mata yang Sering di Abaikan

carotomax shaklee mata yang sihat
Mata adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia yang sangat berharga nilainya. Tiada tandingan, tiada bandingan nikmat yang satu ini.

Dengan mata, kita boleh melihat keindahan alam ciptaan Allah swt. Dengan mata juga kita boleh melihat insan-insan yang kita sayangi. Dengan mata juga kita boleh melihat indahnya warna-warni kehidupan di atas muka bumi Allah ini. 

Tetapi, nikmat mata ini juga haruslah dipelihara, dijaga sebagaimana tubuh badan kita yang lain. Sebagaimana kita menjaga tubuh yang lain, begitu juga haknya kepada mata. 
 

Apakah tips penjagaan kesihatan mata yang perlu kita titikberatkan? 


Terdapat banyak tips yang boleh kita amalkan untuk menjaga kesihatan mata. Hari ini, saya sekadar  ingin berkongsi dengan anda semua 5 Tips penjagaan kesihatan mata sahaja seperti berikut :

1.   Penjagaan mata ketika membaca


Sebaiknya ketika kita membaca, pastikan jarak bacaan kita adalah sebanyak 30-40 cm. Pastikan membaca dalam posisi duduk kerana membaca dalam posisi berbaring boleh menjadi punca otot mata menjadi tegang untuk fokus kepada bacaan.

Elakkan juga membaca dalam kenderaan kerana keadaan jalan yang berbonggol dan tidak rata boleh menjadi punca mata terpaksa fokus extra dari biasa lalu menjadi punca sakit kepala.

carotomax shaklee untuk kesihatan mata

2. Pencahayaan ketika membaca


Pastikan anda membaca dengan sumber cahaya yang mencukupi di ruangan anda. Elakkan membaca dalam keadaan cahaya yang suram atau terlalu cerah. 

Pencahayaan yang tidak seimbang boleh mengganggu ketidakselesaan mata anda ketika membaca lalu menjadikan mata cepat letih dan menjadi punca sakit kepala.

carotomax shaklee untuk kesihatan mata

3. Penjagaan mata ketika menggunakan komputer


Zaman IT masa kini menjadi penyebab bahawa kita tidak boleh lari dari menggunakan komputer atau laptop samada ketika di pejabat mahupun di rumah. 

Sebaiknya, pastikan kedudukan mata selaras dengan kedudukan komputer anda. Gunakan 'screen protector' komputer untuk mengurangkan pencahayaan dari komputer yang keterlaluan sehingga mengganggu kesihatan mata.

Biarpun anda menggunakan komputer, pastikan mata anda juga mendapat rehat setiap 1 atau 2 jam. Alihkan fokus daripada komputer kepada ruang sekeliling (yang terbaik sekiranya ada tumbuhan hijau) untuk memastikan mata mendapat rehat juga.

carotomax shaklee untuk kesihatan mata

4. Senaman mata


Sebagaimana anggota badan kita yang lain, mata juga memerlukan senaman. Setelah penat bekerja dengannya, penat menggunakan mata, lakukanlah senaman mata.

Antara cara senaman mata yang boleh dilakukan adalah :
  1. Pergi ke luar rumah, rehatkan mata sebentar dengan memandang objek yang dekat, kemudian perlahan-lahan melihat objek yang jauh, dan akhirnya pandang objek yang dekat semula.
  2. Gerakkan mata ke arah kanan semaksima mungkin, berhenti sekejap, gerakkan mata ke arah kiri, atas, bawah dan tengah. Ulang langkah ini beberapa kali.
  3. Selepas 1-2 jam menggunakan komputer, rehat sebentar dengan memandang kehijauan di luar (sekiranya ada) kerana warna hijau boleh memberikan ketenangan kepada mata. 

5. Ambil makanan yang sihat dan baik untuk mata


Mata juga memerlukan makanan yang sihat dan lengkap sumber nutriennya sebagaimana anggota tubuh yang lain.

Pengambilan makanan yang mengandungi nutrien lengkap, tinggi kandungan vitamin A dan C, sayuran (terutamanya lobak dan tomato), buahan (terutamanya apricot dan anggur), boleh membantu memberikan kesihatan mata yang baik. 

carotomax shaklee untuk kesihatan mata

Carotomax Shaklee merupakan salah satu supplement yang mempunyai kandungan 6 jenis pelbagai karotena seperti Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Astaxhantin, Lutein dan Zeaxantin. Gabungan 6 bahan ini didapati lebih selamat diambil berbanding vitamin A. 

Ini adalah kerana pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh menjadi punca kepada toksisiti. Jom follow lagi kelebihan Carotomax ini.

Apakah kesan pengabaian terhadap penjagaan kesihatan mata?


Terdapat beberapa kesan yang mungkin boleh terjadi apabila kesihatan mata tidak dititikberatkan dengan baik, antaranya :
  1. Masalah rabun jauh dan silau
  2. Masalah rabun dekat
  3. Masalah katarak mata atau selaput mata
  4. Migraine atau sakit kepala

Oleh yang demikian, sayangi dan peliharalah kesihatan mata anda agar dengannya kita dapat beribadah dan beramal serta menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt lantas menjadikan ianya sebagai asbab untuk kita sentiasa bersyukur. 

Puan Nor Hafizah,
Blogger tegar since 2013
019-3405054

 

2 comments:

  1. Memang tak bagus membaca sambil baring ni. Mata saya jadi rabun sebabnya suka membaca sambil baring

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama la kite.. Nak2 lagi skrg ni guna fon, baca pun sambil baring..huhu

      Delete