Thursday, August 30, 2018

Sakit Belakang ketika Hamil. Apakah yang Perlu Dilakukan?

cara atasi masalah sakit belakang ketika hamil
Sakit belakang ketika hamil merupakan salah satu moment yang orang mengandung sahaja faham keadaan dan situasinya bagaimana. 

Rasa tak selesa, sakit, lenguh, mencucuk-cucuk semua ada! Bayangkanlah yer 9 bulan 10 hari perlu dilalui. Apatah lagi ketika kandungan memasuki usia trimester ke-3.

Ia merupakan situasi normal terjadi kepada ibu hamil. Namun, seandainya ia dibiarkan, ia boleh mengganggu urusan seharian kita sebagai ibu dan isteri. Apakah solusi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan atau mengatasi masalah sakit belakang ketika mengandung ini?


Apakah punca sakit belakang ketika mengandung?


Antara punca sakit belakang ketika mengandung adalah disebabkan faktor seperti berikut :
  1. Peningkatan kadar hormon ketika hamil. Hormon yang dilepaskan ketika hamil adalah dengan bertujuan untuk melembutkan ligamen dan sendi sebagai persediaan untuk bersalin.
  2. Postur tubuh yang tidak betul ketika mengangkat barang, berjalan atau berdiri terlalu lama. 
  3. Perubahan pusat graviti tubuh disebabkan perut yang semakin membesar
  4. Penambahan berat badan dan kandungan
  5. Stress atau tekanan

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah sakit belakang ketika mengandung ini?


Terdapat beberapa cara atau tips yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan atau mengatasi masalah sakit belakang ini, antaranya :

  1. Tidur atau berbaring dengan posisi yang betul.
  2. Gunakan bantal atau tilam yang boleh membantu mengurangkan stress pada postur bahagian belakang tubuh
  3. Elakkan berdiri terlalu lama
  4. Elakkan mengangkat barang yang terlalu berat
  5. Elakkan memakai kasut yang tidak selesa dan menyakitkan kaki sehingga tubuh anda terpaksa menampung bahagian kaki anda
  6. Lakukan senaman yang sesuai 
  7. Lakukan urutan di bahagian belakang. Minta bantuan suami untuk mengurut bahagian belakang badan anda
  8. Pakai tali pinggang sokongan (maternity belt)
  9. Ambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan kalsium 
  10. Jumpa pakar atau fisioterapi sekiranya masalah sakit belakang anda berlarutan


Antara mengamalkan tips di atas, saya juga sarankan anda untuk mengambil supplement kalsium OsteMatrix Shaklee. Ia mengandungi magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan maksimum kalsium dalam tubuh anda. 


ostematrix shaklee mengatasi masalah sakit belakang ketika hamil
Disclaimer : Produk OsteMatrix ini merupakan supplement kalsium yang menyokong kesihatan tulang. Ia bukan ubat magic yang menyembuh dan menghilangkan sakit belakang secara mendadak.

Testimoni Pengguna


Berikut merupakan antara testimoni pengguna OsteMatrix Shaklee dalam menangani masalah sakit belakang ketika hamil.


cara atasi sakit belakang ketika hamil


Bagaimanakah cara untuk membuat order produk ini?


Anda boleh menghubungi saya di talian seperti berikut untuk pertanyaan lanjut dan tempahan produk :

019-3405054
Puan Nor Hafizah
Pengedar Shaklee Klang


Sumber Rujukan :

  1. https://www.spineed.com/2018/01/10/punca-sakit-belakang-hamil/
  2. https://ergomumblog.wordpress.com/2016/07/03/petua-hilangkan-sakit-belakang-semasa-mengandung/
  3. http://drzubaidi.com/blog/punca-sakit-belakang-ketika-hamil/
  4. https://www.babycenter.com.my/a25006495/sakit-belakang

No comments:

Post a Comment