Friday, August 17, 2018

Kepentingan Senaman ketika Hamil

kebaikan bersenam ketika mengandung
Aktiviti senaman harian bukan sahaja penting dijadikan amalan di kalangan masyarakat keseluruhannya. Malah, ia juga harus dijadikan sebagai amalan biarpun ketika anda mengandung.

Mungkin ramai yang salah faham tentang senaman ketika mengandung ini. Memang benar senaman ketika mengandung sedikit berbeza dengan senaman orang biasa. 

Bagi wanita mengandung, elakkan melakukan senaman lasak, berat dan ekstrim atas faktor kesihatan bayi dalam kandungan. 


Apakah kepentingan bersenam ketika hamil?


Antara kepentingan bersenam ketika hamil adalah seperti berikut :

  1. Memberikan kesihatan yang baik kepada ibu dan anak di dalam kandungan
  2. Meningkatkan tenaga dan stamina ketika hamil
  3. Memberikan rasa tenang
  4. Membantu aliran darah yang baik
  5. Mengawal berat badan agar tidak naik secara mendadak
  6. Mengekalkan postur tubuh yang baik
  7. Membantu kawalan pernafasan dengan baik ketika bersalin
  8. Memudahkan proses kelahiran
  9. Mengelakkan risiko diabetes dan darah tinggi
  10. Memudahkan penurunan berat badan selepas bersalin


So, bagi yang mahu pastikan stamina dan kecergasan sepanjang kehamilan, amalkan senaman ketika hamil ini.  

Tak tahu senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan ketika hamil? Klik senaman yang sesuai dilakukan ketika hamil untuk info lanjut. 

kebaikan bersenam ketika mengandung

Selain daripada senaman, pengambilan nutrien dan vitamin yang mencukupi juga penting bagi ibu hamil. Tambah senaman anda dengan pengambilan supplement hamil Shaklee ini untuk memastikan anda dan bayi sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment