Sunday, August 19, 2018

Cara Mengatasi Keletihan Melampau ketika Hamil

tips atasi masalah letih ketika hamil
Letih luar biasa ketika hamil merupakan sesuatu yang normal berlaku di kalangan wanita hamil. 

Ia bukan hanya disebabkan oleh perubahan hormon, namun ia juga dipengaruhi oleh faktor berat kandungan yang harus ditampung sehingga 9 bulan 10 hari.

Biarpun ia merupakan perkara biasa yang harus dilalui oleh wanita hamil, namun kadangkala ia memberi kesan kepada kesihatan dan aktiviti harian bagi ibu mengandung. 


Adakah cara untuk mengatasi masalah keletihan melampau ketika hamil ini? 


Ya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan masalah keletihan melampau kepada ibu hamil ini. Antara nya : 
  1. Banyakkan rehat bila berkesempatan. 
  2. Tidur secukupnya dan mengikut waktu yang sepatutnya
  3. Jangan memaksa diri untuk menyiapkan tugasan harian seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Buat mengikut kemampuan.
  4. Suami perlu memainkan peranan penting. Bantu isteri anda menyelesaikan kerja-kerja rumah agar keletihan isteri anda dapat dikurangkan.
  5. Upah pembantu harian untuk mengemas rumah anda.
  6. Kurangkan aktiviti lasak
  7. Amalkan pengambilan supplement untuk membantu meningkatkan kesihatan dan memberikan tenaga tambahan.

Apa yang penting, amalkan gaya hidup yang sihat, kurangkan stress dan kerapkan relax minda dan diri. 

No comments:

Post a Comment