Wednesday, August 15, 2018

Tips Pemilihan Kasut yang Betul dan Sesuai Ketika Hamil

tips pilih kasut yang sesuai ketika mengandung
Pemilihan kasut yang betul ketika mengandung merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan di kalangan wanita hamil. 

Pemilihan kasut ketika hamil ini tidak boleh dipandang enteng kerana ia turut memberi kesan kepada kesihatan anda sepanjang kehamilan.

Oleh yang demikian, anda tidak boleh mengabaikan aspek pemilihan kasut yang betul ketika hamil ini. Bagi anda yang masih belum maklum tentang kepentingan pemilihan kasut yang betul ketika hamil, teruskan bacaan anda pada entry ini. 

Semoga entry ini memberikan info dan ilmu baru untuk anda dan bayi di dalam kandungan sepanjang proses kehamilan.

Apakah Tips Pemilihan kasut yang betul dan sesuai ketika hamil?


Antara tips pemilihan kasut yang betul dan sesuai ketika hamil adalah seperti berikut : 
  1. Tapak kasut yang rata
  2. Tapak kasut yang tidak licin
  3. Pilih kasut yang berpotongan lebar
  4. Pilih kasut yang lembut di bahagian dalamnya
  5. Selesa dipakai dan tidak menyakitkan
  6. Mudah disarungkan
  7. Bergaya dengan mengikut kesesuaian sebagai ibu mengandung


Siapa kata ibu mengandung tidak boleh bergaya? Ibu mengandung masih boleh bergaya dengan kasut yang mengikut trend semasa tetapi haruslah bersesuaian dengan keadaan anda sebagai wanita yang sedang hamil.

Elakkan memakai kasut bertumit tinggi, tapak yang licin kerana ia boleh menjadi punca anda tergelincir atau jatuh yang mungkin boleh mengakibatkan keguguran kandungan anda.

Yang paling penting, pastikan kasut yang anda pakai adalah selesa dan mudah dipakai dan disarung di mana jua. Elakkan juga kasut yang bertali berselirat kerana ia mungkin menyukarkan situasi anda kerana terpaksa menunduk ketika memakai kasut. 

Apakah kepentingan pemilihan kasut yang betul ketika hamil?


Pemilihan kasut yang betul dan sesuai ketika hamil ini bukanlah sekadar ingatan kosong tanpa apa-apa peranan. Hakikatnya, pemilihan kasut yang betul dan sesuai ketika hamil mempengaruhi tahap kesihatan anda sepanjang kehamilan.

Antara kepentingan pemilihan kasut yang betul ketika hamil adalah seperti berikut : 
  1. Mengelakkan daripada mengalami masalah sakit belakang
  2. Mengelakkan daripada mengalami masalah kaki cramp atau kejang
  3. Mengelakkan daripada mengalami masalah kaki bengkak
  4. Mengelakkan daripada mengalami kesakitan di bahagian tumit kerana menampung berat tambahan ketika hamil tanpa sokongan pemakaian kasut yang betul.
  5. Mengelakkan daripada berlaku kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh atau tergelincir yang mungkin boleh menyebabkan keguguran.

Bagi anda yang sudah mengetahui kepentingan pemilihan kasut yang betul dan sesuai ketika hamil ini, jangan lupa tukar kasut anda sekiranya ia tidak menepati ciri kasut yang harus anda gunakan.

Selamat menjalani fasa kehamilan yang sihat dengan pemilihan kasut yang betul!

No comments:

Post a Comment