Sudah terang lagi bersuluh, merokok boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Malah, ia turut dilarang dalam agama Islam di atas hujah membinasakan tubuh badan sendiri dengan sengaja. Merokok kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki. Tetapi, jangan anda tidak percaya, secara senyap kajian menunjukkan bahawa statistik peningkatan perokok di kalangan wanita semakin lama semakin meningkat kini. dikatakan peningkatan sebanyak 5.3% pada tahun 2009 jika dibandingkan 4.2% pada tahun 2003. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga boleh menjadi salah satu punca kanser serviks di kalangan wanita. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan bacaan anda..
Showing posts with label Pap Smear Penyelamat Nyawa Wanita dari Kanser Pangkal Rahim. Show all posts
Showing posts with label Pap Smear Penyelamat Nyawa Wanita dari Kanser Pangkal Rahim. Show all posts
Wednesday, October 22, 2014
Merokok Tingkatkan 4x Ganda Risiko Kanser Serviks di Kalangan Wanita
Tuesday, October 21, 2014
Penyelesaian Alternatif Membantu Masalah Kanser Serviks di Kalangan Wanita
Beberapa hari lalu, saya telah kongsikan bersama anda semua tentang penyakit kanser serviks (kanser pangkal rahim) yang merupakan pmbunuh no. 2 di kalangan wanita di Malaysia. Namun, yang menyedihkan, kesedaran dan pengetahuan tentang kanser serviks di kalangan wanita tentang penyakit ini masih lagi di tahap yang rendah jika hendak di bandingkan dengan kanser payudara. Sedangkan seandainya diteliti, kerajaan telah menjalankan pelbagai agenda dan program kesedaran untuk menangani kanser serviks ini. Adakah anda salah seorang daripadanya yang disahkan penghidap kanser serviks ini? Ikuti sharing lanjut saya kali ini, Pengedar Shaklee Klang anda tentang Vivix Shaklee yang mungkin boleh membantu masalah kanser serviks anda kini selain daripada rawatan lanjut hospital.
Sunday, October 19, 2014
Kanser Serviks: Ujian Pap Smear VS Takut dan Malu, Mana Pilihan Anda?
Takut? Malu? Ini dilema yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita untuk melakukan ujian Pap Smear. Perasaan malu dan takut untuk melalui kesakitan semasa ujian Pap Smear dijalankan membuatkan kebanyakan wanita lebih suka mendiamkan diri dan memilih untuk terus tidak melakukan ujian tersebut. Namun, sedarkah anda semua bahawa kita sebenarnya mengundang kepada risiko penyakit kanser serviks yang mungkin kita tidak ketahui dalam diam? Ketahui lebih lanjut perkongsian saya ini mengenai kanser serviks dan kepentingan melakukan ujian Pap Smear setiap tahun.
Wednesday, October 15, 2014
Pap Smear Penyelamat Nyawa Wanita dari Kanser Pangkal Rahim
Tahukah anda, setiap minit seorang wanita disahkan menghidap penyakit kanser serviks di dunia! Saya yakin tentu ramai di kalangan wanita yang pernah mendengar mengenai ujian Pap Smear ini bukan? Biasa tak anda mendengar momokan daripada rakan-rakan anda yang mengatakan ujian Pap Smear ini menyakitkan, malu perlu tunjuk bahagian wanita pada doktor kesihatan? Namun, seandainya anda diberi pilihan samada anda mengetahui anda memiliki penyakit kanser pangkal rahim (kanser serviks) bermula dari peringkat awal dan masih sempat untuk dirawat mahupun anda tiada jalan rawatan lain apabila secara tiba-tiba doktor mengatakan anda memiliki kanser pangkal rahim stage 4 dan sudah terlambat untuk dirawat? Mana 1 pilihan anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)



