Sunday, October 19, 2014

Kanser Serviks: Ujian Pap Smear VS Takut dan Malu, Mana Pilihan Anda?

Takut? Malu? Ini dilema yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita untuk melakukan ujian Pap Smear. Perasaan malu dan takut untuk melalui kesakitan semasa ujian Pap Smear dijalankan membuatkan kebanyakan wanita lebih suka mendiamkan diri dan memilih untuk terus tidak melakukan ujian tersebut. Namun, sedarkah anda semua bahawa kita sebenarnya mengundang kepada risiko penyakit kanser serviks yang mungkin kita tidak ketahui dalam diam? Ketahui lebih lanjut perkongsian saya ini mengenai kanser serviks dan kepentingan melakukan ujian Pap Smear setiap tahun. 

Apakah kanser Serviks?
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan kanser serviks yang menjadi pembunuh wanita no. 2 di Malaysia.

Saya dahulu punya reaksi seperti anda, melayan perasaan malu, takut dan risau untuk menjalankan ujian Pap Smear selepas hampir 5 tahun mendirikan rumahtangga. Namun, hasil bacaan dan sedikit penelitian, saya sebenarnya mengundang risiko sendiri untuk tidak mahu mengetahui tentang masalah kesihatan saya sendiri. Seandainya ia dapat dikenal pasti lebih awal, sekurang-kurangnya ianya dapat dirawat lebih awal juga dengan mencari inisiatif lain untuk menurunkan kadar sel aktif kanser tersebut. 

Biarpun kajian menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu sepenuhnya mampu mengelakkan dari kanser serviks (pangkal rahim), namun adalah sebaiknya melakukan ujian pap smear tersebut. 

Saya yakin dan percaya antara sebab lain untuk tidak melakukan ujian Pap Smear adalah disebabkan perasaan takut menerima keputusan ujian tersebut nanti.

Ada juga saya menerima khabar buruk dari sepupu sendiri yang mengatakan menyesal menjalankan ujian Pap Smear kerana disahkan sel kanser mulai aktif pada rahim walaupun belum pada tahap yang kronik. 

Andai anda punya pilihan antara mengubati lebih awal sel kanser ATAU anda mengetahui anda seorang penghidap kanser serviks stage 4 tanpa boleh dilakukan rawatan lagi, manakah pilihan anda? Sudah tentu anda ingin putar semula masa bukan untuk mengubatinya dari peringkat awal? 

Itulah antara salah satu fungsi ujian Pap Smear perlu dilakukan. Ujian tersebut boleh mengesan sel kanser yang baru membiak dari peringkat awal lagi, sekaligus dapat mengelakkan anda menjadi penghidap kanser serviks!

Anda tahu apa risiko bagi pesakit kanser serviks? Perasaan takut dan malu anda mungkin merisikokan anda kepada masalah berikut:
  1. Badan menjadi lemah dan tidak bermaya
  2. Antibodi tubuh menjadi sangat lemah
  3. Terpaksa melalui rawatan kimoterapi yang agak 'seksa'
  4. Peratusan rahim anda dibuang sepenuhnya adalah tinggi
  5. Tidak dapat melahirkan bayi selama-lamanya akibat ketidaan rahim tersebut
  6. Pembiyaan kos rawatan yang terlalu tinggi terpaksa anda hadapi
Adakah ujian ini menyakitkan?

Mungkin sedikit sakit bagi pandangan sesetengah orang. Namun, ia tidak lah terlalu sakit seandainya anda mengikut arahan daripada doktor dengan betul. InsyaAllah anda tidak akan rasa sakit. 

Berapakah kos yang diperlukan untuk menjalani ujian ini?

Baru-baru ini saya melakukan ujian Pap Smear di klinik kesihatan ibu & anak tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Free of charge! Mungkin juga di beberapa tempat dikenakan sedikit bayaran dalam beberapa ringgit. Namun, tidak lah terlalu tinggi jika hendak dibandingkan dengan kos yang terpaksa dilalui apabila anda benar-benar sah penghidap kanser serviks stage 4 bukan? Ianya tentang pilihan..

Malu apabila doktor lelaki yang membuat ujian? 

Mengapa anda perlu memilih rawatan yang dilakukan oleh doktor atau jururawat lelaki. Anda boleh pilih mana-mana klinik kesihatan lain yang melakukan ujian ini oleh doktor dan pembantu doktor wanita. Banyak sekali pilihan tempat yang ada. Pilihan di tangan anda bukan?

Bagaimana dengan keputusan nanti? 

Ini merupakan salah satu faktor kebanyakan wanita tidak mahu menjalani ujian Pap Smear. Keputusan yang bakal diperolehi membuatkan anda gundah bukan? Namun, setiap penyakit punya ubat kecuali mati. Lebih baik menerima kenyataan dengan keputusan yang tidak menyebelahi kita sekarang berbanding terpaksa menerima hakikatnya anda penghidap kanser serviks stage 4 bukan? 

PERHATIAN:
Lakukan ujian Pap Smear anda sekarang. Jangan menjadikan alasan anda malu, anda takut, anda rasa anda sihat untuk tidak melakukan ujian Pap Smear. Sel kanser tidak dapat dikesan sendiri pada peringkat awal hanya melainkan anda membuat pemeriksaan di klinik kesihatan atau hospital. 



Salam ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...




------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..


Pengedar Shaklee Klang, Meru, Kapar, Shah Alam, Pelabuhan Klang

Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



6 comments:

  1. kesedaran untuk membuat pemeriksaan di kalangan rakyat malaysia terutamanya masyarakat melayu memnag kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul.. Bile dah terlewat, kos rawatan pun melibatkan amaun yang sangat besar yang kebanyakannya kebiasaannya orang Melayu tiada bajet tinggi untuk mengubatinya..

      Delete
  2. saya pun tergolong dalam kumpulan yang fiza mention tu, suka tangguh-tangguh buat ujian ni, jadinya sampai sekarang tak buat-buat lagi. Harus bertindak segera! Tq fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus Ummu Hasni.. Usah bimbang dan tangguh-tangguh lagi..^_^

      Delete
  3. Simpanan/Pelaburan + Perlindungan + Pampasan+Medical Card
    http://pelanprubsntakaful.blogspot.com/
    Medical Card dari PruBSN melindungi kesemua jenis Kanser dan Penyakit Puan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas offer.. Memang penting ambil insurans perlindungan ni..^_^

      Delete