Wednesday, October 22, 2014

Merokok Tingkatkan 4x Ganda Risiko Kanser Serviks di Kalangan Wanita

Sudah terang lagi bersuluh, merokok boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Malah, ia turut dilarang dalam agama Islam di atas hujah membinasakan tubuh badan sendiri dengan sengaja. Merokok kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki. Tetapi, jangan anda tidak percaya, secara senyap kajian menunjukkan bahawa statistik peningkatan perokok di kalangan wanita semakin lama semakin meningkat kini. dikatakan peningkatan sebanyak 5.3% pada tahun 2009 jika dibandingkan 4.2% pada tahun 2003. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga boleh menjadi salah satu punca kanser serviks di kalangan wanita. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan bacaan anda..


Sekiranya difikir-fikirkan apakah sebenarnya yang diinginkan oleh perokok terutamanya di kalangan perokok wanita. Mungkin bagi kebanyakan lelaki merokok disimbolikkan seperti tanda kelelakian mereka. Malah menjadikan alasan stress dan tertekan dengan situasi kerja dan tanggungjawab yang dipikul menjadikan mereka memilih untuk merokok. 

Saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan kesan merokok kepada perokok wanita dalam konteks kesihatan wanita. Antara kesan yang bakal dihadapi adalah:

1) Kelihatan lebih tua daripada usia sebenar

Andai anda seorang perokok, wajah anda akan kelihatan lebih tua daripada usia anda yang sebenar. Ini kerana bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok sudah cukup untuk merosakkan sel-sel sihat untuk kulit. 

Wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar akibat merokok
Perbandingan wajah sepasang kembar. Twin A tidak merokok. Twin B seorang perokok
Pic credit to: http://goo.gl/WDu9mV
2) Mengalami menopouse lebih awal dari kebanyakan wanita lain. 

Kajian oleh Perelman School of Medicine, University of Pennsylvania menyatakan bahawa wanita perokok akan mengalami gejala menopouse lebih awal 1 hingga 2 tahun berbanding wanita lain.

merokok menjadi punca kepada kanser serviks
Menopause lebih awal dari wanita lain
Pic credit to: http://www.34-menopause-symptoms.com/

3) Risiko keguguran janin

Kajian membuktikan bahawa wanita yang merokok memiliki risiko keguguran lebih tinggi daripada wanita yang sihat. Ini kerana bahan kimia dalam rokok mengganggu tumbesaran janin tersebut lalu menyebabkan keguguran. 

keguguran janin salah satu kesan akibat merokok
Keguguran janin akibat merokok
Pic credit to: http://goo.gl/ky8SqP
4) Kecacatan pada anak yang lahir

Biarpun sebahagian wanita merokok dapat melalui fasa kehamilan seperti wanita sihat, namun mereka juga bakal berdepan dengan masalah kecacatan fizikal mahupun mental bagi anak yang bakal dilahirkan. 

Merokok ketika hamil menjadi punca anak cacat ketika dilahirkan
Pic credit to: http://goo.gl/ND12tw
5) Gangguan waktu kesuburan dan mengalami kesakitan ketika haid

Gejala yang sering juga dihadapi oleh perokok wanita adalah kesakitan ketika haid. Ia adalah disebabkan gangguan kepada hormon wanita akibat daripada bahan rokok tersebut.

Kesakitan ketika haid akibat merokok
Pic credit to: http://goo.gl/qDkATA
6) Masalah kesuburan akibat daripada haid yang tidak teratur

Semua maklum bahawa gangguan pada waktu datang haid bulanan memberi impak kepada kesuburan seseorang wanita. Oleh yang demikian, merokok juga menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan di kalangan perokok wanita sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapat zuriat. 

Merokok mengganggu masalah kesuburan anda
Pic credit to: http://goo.gl/9l0LwH

7) Risiko penghidap kanser serviks

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan pembunuh no. 2 wanita di Malaysia (klik sini). Kebanyakan wanita tidak mahu mengambil langkah awal bagi memastikan mereka benar-benar bebas dari kanser serviks. Kanser serviks boleh dicegah melalui ujian Pap Smear dan ianya mampu menyelamatkan nyawa wanita (klik sini)

Terdapat beberapa faktor penyumbang terjadinya kanser serviks. Salah satu daripadanya adalah tabiat gaya hidup yang tidak sihat di kalangan wanita merokok. Ya, merokok merupakan salah satu punca kepada berlakunya kanser serviks. Wanita yang merokok mempunyai risiko menghidap kanser serviks 4x ganda lebih tinggi daripada wanita lain.

Perokok wanita mempunyai risiko 4x ganda menghidap kanser serviks
8) Merosakkan hubungan antara pasangan dan contoh tabiat yang tidak baik kepada keluarga.

Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan anda, bahkan ianya juga turut menjadi punca keruntuhan institusi kekeluargaan, menjejaskan hubungan antara pasangan serta menjadi contoh ikutan yang tidak baik kepada anak-anak terutamanya perokok di kalangan ibu-ibu. 

Merokok meruntuhkan institusi kekeluargaan
Pic credit to: http://goo.gl/T7k2pX

9) Menjadi punca kepada pelbagai lagi masalah kesihatan lain seperti masalah jantung, buah pinggang, pendarahan otak, darah tinggi, kanser mulut dan sebagainya.

Antara risiko penyakit lain yang bakal dimiliki
Pic credit to: http://goo.gl/kf0pPu
Bagaimana pula dengan perokok pasif? Perokok pasif merupakan orang yang tidak merokok, tetapi menjadi perokok pasif akibat daripada menghidu asap rokok dari orang-orang sekeliling mereka seperti suami, ayah, adik beradak dan sebagainya. 

Perokok pasif juga mempunyai risiko yang sama dengan perokok sebenar. Namun, mungkin ia dalam kadar peratusan yang sedikit rendah berbanding perokok itu sendiri. 

Secara kesimpulannya, tabiat merokok yang tidak sihat harus dihentikan segera demi memastikan anda memiliki kesihatan yang baik dan gaya hidup yang lebih bahagia. Bertindak sekarang! Katakan tidak pada rokok..

Katakan tidak pada merokok


Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...




------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..







4 comments:

  1. Merokok memang sangat merugikan kesihatan. Banyak sangat leburulan merokok, harap semua orang boleh sedar atas keburukan merokok ini. Zaman sekarang perokok tidak pernah takut atas akibat merokok ini, malah mereka terus sahaja merokok tanpa mempedulikan kesihatan masing-masing. Terima kasih atas perkongsian informasi ini kak fiza...semoga bermanfaat untuk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nila.. Mereka lupa hakikatnya merokok memendekkan usia..

      Delete
  2. Zaman sekarang ni ramai sangat yang wanita yang mula merokok.. Agak sedih sebenarnya.. Thanks sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ain.. Sedih sebenarnya..Sbb wanitalah sepatutnya menjadi role model pada anak2, keluarga dan masyarakat..

      Delete