Saturday, October 14, 2017

Mengumpul Semangat Melalui Majlis Master Celebration Shaklee

Master Celebration Shaklee merupakan program yang julung-julung kali diadakan.

Apakah motif program sebegini? 

Mengapakah Shaklee sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk meraikan para distributor nya yang telah berjaya mencapai kejayaan sebagai Master Coordinator?

Mungkin anda yang bukan berada dalam ruang-lingkup pengedar Shaklee tertanya-tanya bukan? 

Cara Atasi Masalah Kuku Rapuh dan Mudah Rosak

supplement untuk kesihatan kuku
Kuku rapuh dan mudah patah. Siapa yang sedang mengalami masalah ini? 

Bagaimanakah perasaan anda ketika ini? Adakah ianya mengganggu tugas harian anda? Adakah ianya mengganggu emosi anda? Adakah ianya memberi kesan kepada keyakinan diri anda?

Tetapi, saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini ketika ini mempunyai masalah kuku rapuh dan mudah patah. Lalu, anda mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah anda ini bukan?

Thursday, October 12, 2017

16 Tips Kekalkan Momentum Bisnes Agar Terus Berkembang Maju

Cara naikkan semangat bisnes
"Aku ada bisnes sendiri, tapi kenapa masih lagi berada di takuk lama?" Pernah tak anda terfikir sebegini?

Ianya adalah normal bagi mereka yang sedang mengusahakan bisnes apatah lagi bagi mereka yang mempunyai syarikat dan produk sendiri. 

Alhamdulillah, semalam sempat mengikuti kelas bersama mentor saya iaitu Puan Norazlina Noh yang juga seorang Master Coordinator dalam Shaklee. Segala yang dikongsikan sangat memberi manfaat buat saya dan rakan-rakan.

Wednesday, October 11, 2017

Lechitin Membantu Masalah Bengkak Susu. Tiada Lagi Rasa Sakit!

Bengkak susu?

Adoiii sakitnya la kan? Rasa bisa, mencucuk-cucuk di bahagian breast. Siap sampai demam lagi! Ini lah antara pengalaman saya dan anda juga sekarang ini bukan? 

Sakitnya hanya Allah yang tahu! Tak boleh tersentuh, sakit! Tak boleh bergerak sangat, sakit! Nak lena pun lagi tak boleh kan?

Apa nak buat yer bila terjadi situasi bengkak susu ini? Ada tak yer cara untuk mengatasinya? 

Monday, October 9, 2017

Tips Ajar Anak Kecil Turun Katil Sendiri

Proses Ulangan dalam Membentuk Tabiat Anak Kecil
"Adiiikkk, nanti.. Jangan turun katil lagi!!!"

Allah tak sempat nak sambut, gedebuk jatuh dah si Muaz dari katil. Muaz sedikit berbeza berbanding kakaknya, Nur Hanan. Nur Hanan dulu boleh dikira 2 3 kali saja dia jatuh katil.  

Muaz ni berkali-kali sampai berdarah hidung pun pernah. (Tu tengok hidung dia yg luka 4 bulan lepas). 

Jatuh dari katil di kalangan anak-anak kecil ini satu perkara yang tidak boleh diambil ringan yer wahai para ibu dan ayah sekalian. Sebab telah berlaku kematian akibat daripada kerap jatuh dari katil. Pendarahan di dalam kepala tanpa sedar!

Thursday, September 28, 2017

Krim Hilangkan Gatal Akibat Gigitan Nyamuk

Gatal-gatal akibat digigit nyamuk? 

Apatah lagi bagi anak-anak kecil. Alahai, kesian rasanya. Merengek, tak selesa semua ada kan? Kita pun rasa tak selesa apabila nyamuk menyerang.

Kita bukan sahaja perlu bimbang dengan serangan nyamuk Aedes, malah kesan gatal akibat digigit nyamuk juga mampu meninggalkan kesan parut pada kulit anda yang mungkin boleh mendatangkan kesan yang lebih teruk. 

Wednesday, September 27, 2017

Resepi Pizza Gunting Homemade Viral

Pizza Gunting Homemade!

Sebenarnya nak buat Pizza Gunting ni tak de lah susah mana. Mudah dan simple je! Tapi almaklum la kadang-kala kemalasan tu menjengah, ditambah pula kadang-kala tangan ni tak berapa menjadi sangat kalau masak yang lain sikit dari biasa ni..haha. (Sebab dulu pernah buat, tapi tak menjadi..ahakss)