Saturday, October 14, 2017

Mengumpul Semangat Melalui Majlis Master Celebration Shaklee

Master Celebration Shaklee merupakan program yang julung-julung kali diadakan.

Apakah motif program sebegini? 

Mengapakah Shaklee sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk meraikan para distributor nya yang telah berjaya mencapai kejayaan sebagai Master Coordinator?

Mungkin anda yang bukan berada dalam ruang-lingkup pengedar Shaklee tertanya-tanya bukan? 

Master Celebration merupakan majlis besar yang dianjurkan bagi meraikan kejayaan pengedar Shaklee yang telah mencapai kejayaan menaiki tangga demi tangga sehingga bergelar Master Coordinator.

Alhamdulillah, hari ini saya bersama suami serta anak-anak diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis Master celebration Master Nur Adilah binti Abdul Manaf dan suami Nor Azrul Fahmy bin Shuhaimi.

Banyak input dan intipati yang boleh saya ambil sepanjang majlis ini. Khususnya berkaitan dengan motivasi diri untuk terus berjaya mengharungi onak liku kesusahan dan air mata. 

Apa yang saya boleh simpulkan adalah kejayaan ini tidak datang bergolek. Tidak datang dengan cara yang mudah-mudah sahaja. 

Tetapi, kejayaan diiringi dengan kesusahan, air mata, kepayahan dan pasang surut turun naik semangat sebelum tercapai apa yang diimpikan. 

Saya masih lagi melalui proses itu. InsyaAllah moga-moga majlis sebegini menjadi titik-tolak untuk saya dan suami terus berusaha dan mengecapi kejayaan sebagai Master Coordinator juga satu hari nanti, InsyaAllah.

Doakan kami okey! Siapa tahu antara anda ada doa-doa yang termakbul.

Bersama artikel ini, saya kongsikan bersama foto sepanjang majlis ini berlangsung.

Master Celebration 2017

Master Celebration Master Nur Adilah

Anda juga mahu menjadi seperti mereka? Mari saya bantu anda! Asalkan anda mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi seperti kami, anda juga layak untuk mengecap kejayaan.

Nor Hafizah binti Shahtir,
Senior Supervisor Shaklee Malaysia
14 October 2017 (Sabtu)
019-3405054

No comments:

Post a Comment