Friday, January 2, 2015

Rahsia Usahawan Berjaya Pikat Pelanggan dengan ‘5 Lampu Ajaib’ yang Perlu Anda Bongkar

Alhamdulillah memasuki fasa tahun ke-4 menceburkan diri dalam bidang bisnes ini. Banyak pengalaman, suka duka dalam berurusan dengan supplier, pelanggan dan juga rakan niaga.
                           
Mungkin bagi sebahagian orang mengatakan bisnes ini bukanlah perlukan komited dan perancangan bersungguh. Namun, hakikatnya ia sangat memerlukan ilmu terutamanya berkaitan dengan memikat hati pelanggan. Tanpa pelanggan, siapa lah kita sebagai penjual bukan?

Nak tahu apa tips mudah yang kerap digunakan usahawan berjaya dalam memikat hati pelanggan yang jarang peniaga sedari? Jom ikuti sharing saya pada hari Jumaat yang penuh barakah ini..


Rahsia ini juga dikongsikan kembali oleh sifu Shaklee kami semalam ketika saya menghadiri Kelas Asas Jutawan Shakleeyang bertempat di Faizland Training World (Klik Sini).

Antara tips tersebut ialah:

1) TAKUT
Bila ada sesuatu yang ditakuti atau bila ada bayangan ketakutan, kebiasaannya manusia akan bertindak atas ketakutan itu. Dalam keadaan ketakutan, kebiasaannya manusia sanggup melakukan apa saja untuk mengatasinya. Sebagai contoh, apabila melibatkan soal nyawa dan insan tersayang.

2) EKSKLUSIF
Manusia akan bertindak jika sesuatu itu eksklusif seolah-olah untuk dirinya sahaja. Dalam bisnes, anda perlu memberikan tawaran perkhidmatan terbaik lagi eksklusif kepada pelanggan. Jangan terlalu berkira dengan pelanggan anda.

3) RASA BERSALAH
Manusia kebiasaannya bertindak untuk menutupi atau mengatasi rasa bersalah itu. Sebagai contoh, anda boleh pasang lampu ajaib rasa bersalah ini supaya customer benar-benar rasa bersalah kalau tak beli dengan anda atau rasa bersalah andai tidak memiliki barang yang anda jual dengan segera. Buat rasa bersalah untuk turut tidak melepaskan peluang.

4) TAMAK
Manusia memang semula jadi memiliki sifat tamak. Takkan rasa cukup dengan apa yang telah dimiliki. Malah, sentiasa ingin mengubah kehendak lalu memenuhi semua kehendak dan keperluan kehidupan. Jika ada sesuatu yang dapat memenuhi rasa tamak itu, mereka akan terus bertindak.

Sebagai contoh, mungkin pelanggan anda berminat dengan barang A, namun anda punya gabungan barang B yang pastinya lebih baik apabila pelanggan mengambil barang A dan B secara sekali gus. Bertindak untuk buatkan pelanggan rasa tamak untuk mengambil keduanya.

5) EGO atau CEMBURU
 Jika ada sesuatu yang boleh memenuhi rasa ego atau cemburu, mereka akan bertindak. Sebagai contoh, anda boleh berikan testimoni pelanggan lalu yang berpuas hati dengan servis dan produk anda. Pastinya yang punya kaitan dengan masalah pelanggan la. Mungkin rasa cemburu itu membuatkan mereka mahukan produk anda dengan segera.

Itu saja perkongsian 5 lampu ajaib yang boleh anda gunakan dan ‘memukau’ pelanggan anda untuk terus membeli dan setia dengan perkhidmatan anda. Yang pastinya, tips ini sering kali digunakan oleh kebanyakan usahawan berjaya di luar sana.  

Semoga tips ini mampu meningkatkan keuntungan anda dalam perniagaan!
Selamat mencuba!




=======================
Anda seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan?
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
Id Number: 946651
SMS/What'sapp : 019-3405054

Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================



14 comments:

  1. Manfap gabungan lampu ajaib ini kan. Memang diperlukan strategik lampu ajaib ni agar pelanggan kita semakin ramai dan usaha kita pun semakin maju.


    Harga Promosi 3 Produk Serentak Di Bulan Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

    ReplyDelete
  2. Wah bagus tips ni.. kena amalkan utk tingkatkan sales... hehe

    ReplyDelete
  3. memang kena amalkan utk meningkatkan kuantiti sales....

    PROMOSI BERAPI JANUARI 2015

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak perkongsian ini... motivasi diri untuk lebih maju

    ReplyDelete
  5. Krna selalu prektis lampu ajaib ni..

    ReplyDelete
  6. Hurmm..bleh start apply nie.huhuu

    JommSihatDanCantik -> ANDA DAH MENCUBA??

    ReplyDelete
  7. Kena selalu praktis hikmat lampu ajaib ni...hihi..tq ummu hanan

    ReplyDelete
  8. Bagusnya tips ni. Memang bagus diamalkan walaupun bukan untuk menjual.

    Tips Pemakanan Untuk Anak Lebih Pintar

    ReplyDelete
  9. info yang berguna..kena tahu bila masa perlu gunakan semua itu..

    6 Tips Memutihkan Muka

    ReplyDelete
  10. Menarik sangat tip lampu ajaib yang dikongsi.tq 4 info tip lampu ajaib.

    ReplyDelete
  11. Sebelum pernah dengar je lampu ajaib. Lampu ajaib. Ini rupanya! Tq ummu hannan share info ;)

    ReplyDelete
  12. terima kasih perkongsiannya. mudahanan ramai dapat manfaatnya dan amalkan untuk berjaya

    ReplyDelete