Mudahnya, berkawan dengan orang positif, anda akan selalu hidup positif. Begitulah juga sebaliknya.
Masih teringat waktu zaman belajar dahulu. Tidak terlalu terbuka pemikiran dan pergaulan disebabkan saya mengambil bidang dalam pengajian Islam. Kebanyakannya hanya berlingkar di ruang sahabat Pengajian Islam sahaja.
Saya kurang bergaul dengan free hair..Saya kurang bergaul dengan rakan-rakan dari fakulti lain yang tidak sama dengan bidang saya.
Tapi, itulah hakikatnya. Bahkan, sifat saya yang seorang pemalu, menambahkan lagi rasa sukar untuk bergaul dengan rakan dari aliran lain.
Perkara ini selalu saya fikirkan. Kadangkala terfikir aku akan begini ke selamanya? Malu dan segan bergaul dengan bukan sekufu bak kata orang la..
Alhamdulillah, persepsi itu berubah setelah saya memulakan bisnes online sejak 4 tahun yang lalu. Dan yang lebih ketara berubah bila saya memulakan perniagaan Shaklee ini.
Ini lah di antara wajah-wajah rakan-rakan Shaklee yang saya tidak pernah menduga kami akan seakrab sebegini sehingga kini.
Saya tidak pernah terfikir.. Rakan-rakan yang asalnya kami hanya berhubung melalui Whatsapp, Telegram, Facebook Group boleh menjadi rakan akrab setelah bertemu.
Seolah-olah kami telah mengenali bertahun-tahun yang lalu!
Istimewanya Ukhuwah Bisnes Ini
Indahnya ukhuwah bisnes ini saya tidak dapat gambarkan melalui kata-kata. Merekalah rakan ketika tawa, merekalah rakan ketika tangis, merekalah rakan penguat semangat.
Ukhuwah bisnes ini tidak pernah sekalipun memberikan ruang untuk kami saling menjatuhkan antara satu sama lain. Tidak pernah sekalipun menikam dari belakang antara satu sama lain.
Malah, kami saling membantu, saling memberi tunjuk ajar, saling bekerjasama.
Alhamdulillah, syukur berada dalam bisnes ini!
Malah, seperkara lagi yang membuatkan saya seronok menjalankan bisnes Shaklee ini adalah jalinan ukhuwah antara suami juga semakin akrab.
Ini bukan bisnes isteri sahaja. Tetapi bisnes suami isteri. Bisnes 1 family!
Allah..apabila saya menenang kembali peluang jalinan persahabatan yang Allah berikan ini, saya sungguh bersyukur sehingga mampu mengalirkan air mata.
Syukur dipertemukan dengan bisnes ini. Syukur mengenali rakan-rakan yang hebat seperti mereka juga.
Adakah bisnes sebegini yang anda cari? Adakah bisnes sebgini yang anda mahukan? Sertai group hebat kami..InsyaAllah anda akan menemui lebih ramai rakan-rakan yang positif dan bersungguh untuk menempa kejayaan!
Terima kasih kalian kerana hadir dalam hidupku..^_^
Terima kasih kalian kerana hadir dalam hidupku..^_^
No comments:
Post a Comment