Saturday, April 4, 2015

Bahaya Kesan Jangkitan Keputihan Pada Suami Anda!

Keputihan merupakan perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita. Tidak kira samada anak dara mahupun yang telah mendirikan rumahtangga. Malah, ianya kerap juga dialami di kalangan wanita hamil. 

Namun, apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini? Tahukah anda keputihan juga boleh memberikan kesan bahaya penyakit kepada suami anda sendiri ketika bersama. Adakah anda mahu situasi ini terus berterusan?  
Mungkin bagi sebahagian wanita tidak menganggap ianya sebagai salah satu perkara yang harus dititkberatkan. 

Namun, adakah anda mahu merisikokan suami anda juga dalam situasi sebegini? Tahukah anda keputihan tersebut boleh mengakibatkan jangkitan ketika saat anda bersama dengan suami anda? 

Jangan pandang enteng tentang masalah keputihan ini. Anda juga harus mengenali terlebih dahulu samada keputihan anda itu adalah normal ataupun keputihan berpenyakit (klik di sini)

Seandainya ia keputihan berpenyakit, ia lebih merisikokan suami anda selepas melakukan hubungan intim. 

Antara tanda yang mungkin terjadi kepada suami anda selepas terkena jangkitan adalah:
  1. Ruam merah pada kepala zakar
  2. Bengkak pada kepala zakar
  3. Keluar lendir yang berbau pada lubang air kencing
  4. Rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil
  5. Rasa sakit ketika melakukan hubungan intim dengan suami
  6. Kulit zakar menjadi berkerak
  7. Kulit zakar diselaputi lendiran keputihan
Kebiasaannya, bagi lelaki yang mempunyai masalah kesihatan atau mempunyai tahap kesihatan dan sistem imun yang rendah, mereka lebih berisiko untuk menerima jangkitan ini. 

Yang lebih membimbangkan apabila jangkitan ini memasuki saluran darah lalu memasuki otak. 

Bahaya kan bila suami kita dijangkiti bakteria akibat daripada keputihan kita sendiri? So, sama-sama kita jaga kebersihan disamping amalkan pemakanan yang sihat untuk mengatasi masalah ini. 

No comments:

Post a Comment