Monday, September 12, 2016

Cabaran dalam Berbisnes Mengajar Kami Erti Pengorbanan!

bisnes dari rumah dengan shaklee
Bukan mudah bagi saya membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan secara online ini.

Banyak yang telah kami lalui sepanjang memulakan perniagaan secara online sejak tahun 2011 lagi.

Banyak juga air mata gugur kadangkala mengiringi perjalanan bisnes ini. Kami pernah melalui saat jatuh dan bangun. Dan kini masih lagi diuji dengan jatuh bangun dalam perniagaan.

Siapa lah saya tanpa dia, suamiku!

Dari keizinan untuk menjalankan bisnes secara online, menjadi penyokong dan pembantu saya menguruskan bisnes, pemberi semangat tegar dan macam-macam lagi lah peranan beliau dalam saya menjalankan perniagaan ini.

Dia lah tulang belakang saya dalam berbisnes!

Bila cerita mengenai tulang belakang dalam bisnes ini, air mata boleh mengalir. Saat ini juga ku rasakan air mata seolah mahu menitik.. 
 
Waktu foto ini diambil, saya baru saja memulakan perniagaan secara online dengan menjual barangan bayi dan baju ibu menyusu. 

Hanan baru saja beberapa bulan dan kami masih lagi bergelar student ketika ini.

Bukan senang nak buat keputusan untuk berbisnes. Semua perasaan timbul ketika itu. Takut, tak mampu, tak layak, tak kuat, ada ke pembeli, macam mana next step nak buat.. Semua perkara ini menjengah ke dalam benak fikiran saya. 

Ketika mengambil keputusan untuk berbisnes, niat saya cuma satu. Mahu membantu suami menampung kos sara hidup dan mengurangkan beban suami. Bukan niat mahu ada duit sendiri untuk shopping ke apa sesuka hati..

Alhmdulillah, sehingga kini suami tetap menjadi penyokong tegar dengan apa yang saya lakukan. Tidak pernah sekalipun beliau mematahkan semangat.

Begitu juga dalam menjalankan bisnes Shaklee..

Syukuuurrrr sangat-sangat beliau tetap menyokong dari awal hingga kini sepanjang 3 tahun saya menjalankan bisnes Shaklee. Malah, kini kami sama-sama berusaha untuk mengembangkan lagi bisnes Shaklee ini.

Bukan senang nk senang!
Susah & senang kami pendam sendiri. Cabaran dalam berbisnes banyak mengajar kami erti pengorbanan sebenar! 

Andai tidak berani untuk berkorban, jangan cuba-cuba untuk memulakan sesuatu bisnes. 

Sesuai benar istilah pengorbanan antara kami ini sempena Hari Raya Korban hari ini kan? 

Nasihat saya yang punyai seciput pengalaman ini. Lakukanlah apa saja bidang bisnes yang anda minat untuk ceburi. Namun, tiada suatu benda pun pekerjaan yang senang dan mudah. Semuanya ada kesusahan, sebelum tiba satu hari hadirnya kemanisan dan kejayaan!

Moga Allah rahmati suamiku ini di atas segala pengorbanan yang telah beliau lakukan selama ini..^_^

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Idul Adha.. Moga kita lebih memahami erti pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim as di atas perintah dari Allah swt. 

Salam 'Idul Adha.. Maaf dipinta dari kami berdua..^_^

No comments:

Post a Comment